18 October 2019

FILEM UPIN IPIN: KERIS SIAMANG TUNGGAL TERCALON DALAM OSCAR 2020


Tahniah kami ucapkan kepada filem animasi terbitan Les Copaque Production, Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal yang kini jadi bualan hangat di media sosial apabila tersenarai sebagai calon Filem Animasi terbaik Anugerah Oscar 2020. Pencalonan ini menjadikan filem buatan Malaysia itu akan bersaing dengan 32 filem animasi antarabangsa lain antaranya seperti Frozen 2, Toy Story 4 dan Angry Bird 2.





Ketua Pegawai Eksekutifnya, Burhanuddin Md Radzi memberitahu, penyertaan filem itu dibuat sendiri pihaknya dan ia tercetus selepas filem berkenaan berjaya mencipta nama di Festival Filem Montreal: "Ketika saya ditemu bual wartawan di sana, saya diberitahu bahawa skrip filem ini berbeza dan memenuhi kemahuan penonton.

"Imej baru dan jalan cerita baharu yang pastinya dapat perhatian penonton di sebelah Barat," kata Burhanuddin ketika dihubungi yang turut berkongsi bahawa tayangan akan dibuat di Los Angeles sebagai memenuhi syarat pencalonan Oscar 2020.

Klik untuk gambar besar


Malah, beliau berpendapat, usahanya untuk membawa Upin Ipin ke Oscar 2020 merupakan sebahagian daripada pembakar semangat buat pembikin filem tempatan: "Dengan pendedahan seluas ini, saya harap Upin Ipin akan berada di peringkat seterusnya.

"Saya nak bakar semangat pembikin filem di Malaysia supaya mereka membuat sesuatu setaraf pembikin filem antarabangsa. Janganlah berada di takuk lama saja, asyik nak jual dalam Malaysia semata-mata," jelasnya.



Sebelum ini pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) telah menghantar filem dokumentari M for Malaysia untuk mewakili Malaysia dalam kategori Filem Antarabangsa Terbaik. Berikut ialah senarai awal calon Filem Animasi terbaik Oscar 2020:

1. Upin & Ipin: The Lone Gibbon Kris
2. Abominable
3. The Addams Family
4. The Angry Birds Movie 2
5. Another Day of Life
6. Away
7. Buñuel in the Labyrinth of the Turtles
8. Children of the Sea
9. Dilili in Paris
10. Frozen II
11. Funan
12. Genndy Tartakovsky’s 'Primal' – Tales of Savagery
13. How to Train Your Dragon: The Hidden World
14. I Lost My Body
15. Klaus
16. The Last Fiction
17. The Lego Movie 2: The Second Part
18. Marona's Fantastic Tale
19. Missing Link
20. Ne Zha
21. Okko's Inn
22. Pachamama
23. Promare
24. Rezo
25. The Secret Life of Pets 2
26. Spies in Disguise
27. The Swallows of Kabul
28. This Magnificent Cake!
29. The Tower
30. Toy Story 4
31. Weathering with You
32. White Snake


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: