18 October 2019

DR CHE HAFIZ: "MOHON MAAF....." - LUFYA: "TIME WILL TELL & HEAL US"


"Salam sejahtera.. Seperti mana yang telah saya katakan. Bukan cara saya untuk membuka aib atau memburukan mana2 pihak. Negara kita ada undang2 dan demi menjaga hati ramai pihak. Sy akan ikut saluran dan cara yang betul. Ini kerana saya mahu selesaikan setiap perkara dengan cara yang terbaik dan lebih professional apatah lagi ia melibatkan personal matter.





"Sy juga ingin menjelaskan perkara berkenaan statement yg dibuat ke atas saya "Doktor biasa je". Yes memang saya Seorang medical officer di salah sebuah klinik kesihatan dan masih belum jadi seorang specialist, consultant mahupun head of department. Sy juga tidak dikurniakan kuasa luar biasa. Namun saya tetap bersyukur kepada Allah swt kerana masih diberi peluang, kudrat serta kekuatan kepada sy untuk merawat pesakit2 sy dgn ikhlas.

"Sy lebih happy apabila melihat senyuman yg dilempar oleh pesakit terhadap sy setelah kesembuhan yang Allah swt berikan terhadap mereka. Sy berharap agar semua jgn cepat jump into conclusion malah mendoakan kearah kebaikan buat kami. Semoga setiap perkara akan dapat kami selesaikan dengan cara yang terbaik.

"Akhir kata saya ingin memohon maaf jika ada tersalah kata atau terkurang mana2. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah swt dan kekurangan itu adalah dari kelemahan saya sendiri. Sekian..," tulis suami kepada pelakon dan penyanyi Lufya Omar, Dr Che Muhammad Hafiz yang menjelaskan bukan caranya untuk membuka aib atau memburukkan mana-mana individu.

Klik untuk gambar besar


Menurut Hafiz, dia sebaliknya akan mengikut saluran yang betul demi menjaga hati ramai pihak. Perkara itu dikongsi Hafiz menerusi satu posting terbaru di Instagramnya. Jelasnya, dia juga tetap bersyukur walaupun ada sesetengah pihak melabelkan dirinya sebagai 'doktor biasa'.

Tambah Hafiz, dia juga berharap orang ramai tidak terus membuat penilaian sendiri atas apa yang berlaku ketika ini. Kelmarin, Hafiz tampil memberi kenyataan ekoran ketidakhadiran ke sebutan permohonan cerai yang difailkan isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Petaling Jaya. Menurutnya, dia telah memaklumkan pihak mahkamah berkenaan ketidakhadirannya terlebih dahulu.

Sementara itu menerusi laman Instagram Lufya pula, dia meminta maaf dan meluahkan rasa rindunya kepada anaknya, Laana Haura. Dalam masa sama, Lufya memberitahu dia kena selesaikan segalanya untuk kebahagiaan hidup dan masa depan dia dan anaknya bersama. Lufya tak mahu anaknya itu kekurangan kasih sayang dan keperluan.



"Maafkan mummy Haura.. Mummy rindu Haura.. Tapi mummy kene selesaikan segalanya untuk kebahagiaan hidup dan masa depan kita bersama. Mummy tak mau Haura kekurangan kasih sayang dan keperluan. U deserved to be happy & live in a positive environment. Time will tell & heal us.

"Wallahi mummy sayang Haura. I want u to be a good, kind hearted & well educated person. Moga umur mummy panjang untuk melihat anak mummy hidup bahagia nanti. Jadilah anak yang berilmu dengan akhlak yang baik. I miss u. #notetomydaughter #laanahaura #2yearsold #1111," tulis Lufya pula.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang anak, Laana Haura, yang kini berusia dua tahun. Kisah pergolakan rumah tangga mereka dihidu media pada Oktober tahun lalu hingga diperkatakan ramai.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Dr Che Muhammad Hafiz, Lufya Omar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: