16 October 2019

SAM BUNKFACE: "BAIK-BAIK SAHAJA... SIAPA TAK NAK PENGGANTI KAN?"


Mendedahkan kehidupan solo yang dijalani selepas berpisah dengan bekas isterinya, Aida Azira Hussin berjalan dengan baik, vokalis kumpulan Bunkface, Sam atau nama sebenarnya, Shamsul Annuar Mohd Baharom, 32, berkata segalanya berlangsung dengan lancar dan dia kini memberikan tumpuan terhadap kerjaya muziknya dan buat masa kini dia masih lagi dalm proses mencari pasangan baharu.





"Alhamdulillah, kehidupan selepas saya kembali solo baik-baik sahaja. Kami menjaga anak berselang secara adil dan saksama. Saya kini memberikan fokus dalam kerjaya muzik bersama Bunkface. Semuanya okay, Bunkface pun baru sahaja melancarkan single terbaru berjudul 'Suara' pada 13 Oktober lalu. Saya tiada masalah dengan bekas isteri dan kami berhubung secara profesional demi kesejahteraan anak.

"Buat masa ini, saya belum terfikir mahu mencari pengganti. Tetapi, jika perkara itu datang sendiri, Insya-Allah. Siapa yang tak nak pengganti kan?. Saya masih meneruskan kehidupan seperti biasa. Mestilah nak kahwin, siapa yang tak nak. Sudah tentu saya akan ada pengganti.

"Buat masa sekarang, saya tak ada calon lagi tapi kalau ada rezeki dan jodoh, apa salahnya. Perkahwinan itu kan sesuatu yang baik," kata Sam yang tidak serik untuk berkahwin lagi jika bertemu wanita yang sesuai, biarpun pernah mengalami kegagalan rumah tangga.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, mStar & Instagram Sam Bunkface


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: