07 October 2019

SERING DIGANGGU MAKHLUK HALUS - FIEYA PILIH JALANI PERUBATAN ALTERNATIF


Selepas sering diganggu makhlus halus sejak menyertai pertandingan nyanyian bakat baharu Big Stage musim kedua, penyanyi Fieya Julia akan menjalani rawatan perubatan alternatif untuk merawat dirinya. Fieya atau nama sebenarnya, Nur Syafiyah Sejali, 19, berkata, kali pertama dia berdepan dengan makhlus halus tersebut adalah pada konsert pertama apabila entiti itu kelihatan mencangkung dan memerhatinya.





Menurutnya, sejak dari kejadian itu, dia mengalami masalah lemah semangat dan matanya mudah melihat makhluk-makhluk pelik: "Saya tidak pernah alami masalah ini sebelum ini. Saya pelik gangguan itu berlaku ketika saya menyertai pertandingan Big Stage musim kedua.

"Sebelum ini, saya sihat. Sekarang selepas tamat saingan di Big Stage, Alhamdulillah, saya semakin pulih. Cuma semangat saya lemah," katanya ketika ditemui selepas Konsert Akhir Big Stage musim kedua di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Klik untuk gambar besar


Tambah Fieya, selain untuk memulihkan semangat, dia juga khuatir dengan pendapat orang di sekelilingnya yang mendakwa ganggung tersebut merupakan perbuatan sihir: "Saya tidak mahu menuduh. Oleh itu, saya mahu pergi mendapatkan rawatan dan kepastian".

Fieya yang popular menerusi lagu 'Perasaanku' merupakan runut bunyi drama Semua Salahku tersingkir pada peringkat separuh akhir Big Stage musim kedua. Fieya pernah diselamatkan daripada tersingkir menerusi imuniti oleh juri tetap Datuk Seri Siti Nurhaliza pada konsert minggu keempat.




www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo & Instagram Fieya Julia


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: