16 October 2019

WAN SHARMILA AKUI NEKAD BERTUDUNG DI HARI LAHIRNYA KE-38


"Sebenarnya kalau ada sesiapa yang tanya tentang berhijab, saya takut nak cakap 'ya' tu. Selalunya saya akan minta mereka doakan sahaja... tapi apa yang saya sedang buat sekarang ni adalah saya cuba untuk ke arah itu. Apa yang peminat lihat di Instagram itu sebenarnya ya. saya dah mula pakai tudung sejak tiga hari lalu. tapi sepanjang tempoh itu saya tak post gambar walaupun tengah bercuti di Osaka ketika ini sebab sangat takut malah tiada siapa pun yang tahu mengenainya. Tiga hari saya 'peram' gambar dan tak post.





"Saya rasa sedih dan terharu sebab niat saya untuk berhijab ini sebenarnya sudah lama... tapi nak mulakan itu memang takut... jadi masa saya betul-betul nekad nak buat tu, saya lakukan ia masa hari jadi saya," tutur pelakon Wan Sharmila yang berkata, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk menutup aurat namun nekad melakukan perubahan itu sempena sambutan ulang tahun kelahirannya pada 12 Oktober lalu.

Sebelum ini, beberapa posting yang dimuatnaik Wan Sharmila atau nama penuhnya Wan Sharmila Wan Mohamed, 38, ketika bercuti ke Osaka, Jepun baru-baru ini mengejutkan ramai peminat apabila dia tampil dengan imej bertudung. Selain itu, Wan Sharmila mendedahkan kemunculan dia mengenakan hijab dalam beberapa drama sebelum ini juga sebenarnya adalah permintaan peribadi dia sendiri sebagai mengajar diri untuk terus istiqamah. Malah, dia juga sudah mula memilih dalam mengenakan pakaian yang bersesuaian.

Klik untuk gambar besar


"Saya mula pakai masa saya dekat Osaka kerana saya fikir mungkin masa balik ke Malaysia nanti saya tak rasa kekok. Tak dinafikan kalau kawan video call sekarang ni pun saya jdi segan... rasa sangat lain. Dalam lakonan-lakonan sebelum ini yang saya pakai tudung pun saya yang minta sebab saya suka dan sebenarnya nak belajar... sekarang ini juga pun saya dah mula memilih pakaian yang bersesuaian," katanya.

Dalam pada itu, Wan Sharmila berkata, dia tidak takut mengenai kurang tawaran berlakon sebaliknya percaya rezeki akan lebih luas selepas ini: "Pada pendapat saya, pakai tudung sebenarnya job lebih luas tetapi dugaan akan lebih banyak... Ini bukan perkara main-main, saya buat kerana ia tanggungjawab, bukan kerana fesyen.

"Saya juga nak ucapkan terima kasih buat mereka yang DM, mesej dan doakan saya... malah ada kawan-kawan rapat yang menangis, mereka buat saya betul-betul terharu. Cuma saya harap tiada siapa yang judge mengenai penampilan saya selepas ini. Takut pula ada yang cakap tudung tak cukup labuh atau apa... saya cuma harapkan sokongan mereka," ujarnya.












www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Wan Sharmila


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: