Pelakon Ruhainies yang sudah menyulam cinta dengan jejaka yang dikenali sebagai Mr E hampir tiga tahun itu mengakui ada dugaan yang perlu dihadapi sama seperti pasangan bercinta yang lain. Malah, Ruhainies mendedahkan ada sahaja wanita yang cuba mengganggu kekasihnya, malah ada juga dikalangan artis yang mahu mencuba nasib. Bagaimanapun, Ruhainies berkata dia tetap positif dan percaya pada takdir Allah.

"Tipulah kalau bercinta tidak ada dugaan. Saya pun macam orang lain juga, ada pancaroba dalam perhubungan. Ada juga orang yang cuba kacau kekasih saya. Buat saya lebih keliru, dalam kalangan artis pun ada yang mencuba nasib. Apabila jumpa depan mata, pijak semut pun tak mati. Belakang saya, mereka galak mencuba. Konsep saya mudah saja, kalau yakin boleh dapat, cubalah," katanya.
Dalam pada itu, Ruhainies berkata dia tidak terburu-buru untuk berkahwin kerana ingin memberi laluan kepada kakaknya, Risteena untuk berumah tangga terlebih dahulu: "Saya nak tunggu kakak dulu dan kalau boleh tak mahu melangkah bendul.
"Namun, kalau ditakdirkan saya berkahwin dulu sebelum kakak, saya okey. Kekasih saya pun ada bercakap dengan saya, kalau boleh nak mempercepatkan supaya kami dapat hidup bersama. Bagaimanapun, seboleh mungkin saya nak bertunang dulu. Lagipun, saya masih muda".
Klik untuk gambar besar


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro
________________________

No comments:
Post a Comment