24 November 2019

20 FOTO - IZZUE ISLAM & ISTERI HONEYMOON DI JEPUN SELEPAS 6 TAHUN KAHWIN


"Alhamdulillah, impian untuk membawa isteri berbulan madu di Jepun menjadi kenyataan selepas enam tahun kami melayari bahtera perkahwinan. Walaupun agak terlewat tetapi kami bersyukur dapat juga menjejakkan kaki ke sini. Dapatlah kami berehat sambil meluangkan masa bersama-sama.





"Saya dan Awin sudah berada di Jepun sejak Jumaat lalu dan akan pulang tanah air pada 26 November ini," demikian kata pelakon Izzue Islam apabila hasrat untuk membawa isteri tercinta, Awin Nurin berbulan madu di Jepun akhirnya tercapai selepas enam tahun melayari bahtera perkahwinan.

Izzue berkata, sejak mula berkahwin sekitar enam tahun lalu dia pasang impian untuk membawa Awin ke Jepun namun belum ada rezeki. Menurut Izzue, sepanjang lima hari berada di Jepun dia berpeluang membawa isterinya bersiar-siar di bandar Osaka, Kyoto dan Okayama.

"Percutian kali ini kami bersama dengan pihak Okayama Health Tourism. Mereka bawa kami melawat beberapa tempat menarik sekitar Okayama seperti Okayama Korakuen, Okayama Castle, Kanba Falls, belajar menyediakan Sushi dan banyak lagi. Ini satu percutian yang indah buat kami berdua kerana dapat mengenali budaya Jepun dan melihat sendiri kehidupan masyarakat di sini," ujarnya.

Klik untuk gambar besar







































www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Izzue Islam


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: