24 November 2019

34 FOTO BIRTHDAY GIA & BILLY: "ALLAH SWT BERIKAN UJIAN SANGAT HEBAT" - LANA


"Syukur pada ilahi tahun lalu pada Tarikh ini (22 November), Allah swt berikan ujian yg sangat hebat pada daddy dan mommy sekeluarga... Dan pada tarikh hari ni (kelmarin) juga, Alhamdulillah Allah SWT berikan nikmat untuk menyambut tahun pertama bersama kami..





"Terima kasih Allah Swt dengan anugerah ini, anakku ini semakin sihat dan terima kasih juga kerana memberiku peluang utk ku menjaganya yg pernah ku rayu dan ku mohon padaMu dan terima kasih kepada semua yg telah mendoakan dan masih mendoakan kesihatan anak sy, terima kasih semua.

"Happy Birthday to my dearest son, semoga jadi anak yg soleh dan beriman... amin. We love u Billy Boy @gibi_mck #1stbirthday #oneyearold #alhamdullilah #prayforbilly #bless #cutebaby #handsomeboy #billydaud #lanadavidmckienzie #myprecious #myboy #mybudak #myhero #mckienzieclan," tulis pelakon Lana Nodin yang menitipkan ucapan istimewa buat anak keduanya, William Daud Mckienzie atau Billy yang genap usia setahun pada 22 November lalu menerusi laman Instagram miliknya.

Klik untuk gambar besar


Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin, memanjatkan kesyukuran atas nikmat serta ujian yang diberikan dalam proses menjaga amanah permata hati. Melihat pada ruangan komen, netizen tidak ketinggalan mengucapkan selamat hari lahir buat si comel ini dan terus berdoa agar diberikan kesihatan yang lebih baik. Untuk makluman, Billy menjalani prosedur 'baloon valvuloplasty' akibat masalah injap sempit (aortic stenosis) sejak dilahirkan.

Sempena hari istimewa, Lana dan suaminya, David McKienzie atau nama Islamnya, Mohd Daud Mckinzie telah mengadakan majlis hari lahir kedua-dua anak mereka, Gia Quinn Mckienzie dan Billy secara serentak pada 23 November lalu dengan memilih tema 'Baby Shark'. Majlis tersebut dihadiri teman rapat dan rakan artis pasangan itu.


































































www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Lana Nodin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: