18 November 2019

"ADIK BERNAFAS SENDIRI... TAPI STILL GUNA MESIN..... TERUS KUAT AINUL" - ALI PUTEH


Menerusi laman Instagram, pelawak Ali Puteh telah memberitahu keadaan anaknya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah kini sudah mula menunjukkan progres positif selepas menjalani pembedahan pada Isnin lalu berikutan masalah injap jantung terbalik.





"Hari ke 6... Alhamdulillah... berkat doa semua keluarga rakan rakan dan seluruh rakyat malaysia yg tak putus doakan Ainul Mardhiah... dpt berita dri doktor yg jantung adik dah mula bernafas sendiri tp still gunakan mesin bantuan mesin.. paru2 die dh mula aktif tp masih sgt2 lemah... Ya Allah... walid tau adik kuat!!! Lawan sakit ye sygg... trima kasih semua... doakan ainul teruss kuatt!!!! Sharifah Nur Ainul Mardhiah.

"Hari ke 8... Alhamdulillah.. perkembangan anak sy adik Ainul Mardhiah... msih didalm p.c.i.c.u.. pergerakan jantungnya selepas pembedahan dah mula aktif.. cuma ade msalah pada sebelah paru2 die yg tak aktif... harini doc cuci dan cuba cabut bantuan pernafasan die.. jika adik kuat bernafas... doc akan biarkan adik bernafas sendiri... terus kuatttt Ainul!!!!! SHARIFAH NUR AINUL MARDHIAH...

Sebelum ini Ainul yang berusia tiga bulan dilaporkan bertarung nyawa selepas disahkan mengalami masalah jantung berlubang dan injap jantung terbalik. Susulan keadaannya itu, Ainul kemudian menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur baru-baru ini. Ali yang mendirikan rumah tangga dengan Melati Fitri Abdullah turut mempunyai seorang anak lagi, Sharifah Nur Aaira Qaireenrusia yang berusia dua tahun.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro & Gempak, Instagram Ali Puteh & @melatifitri_


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: