18 November 2019

JULIANA EVANS & SUAMI SAMBUT ANIVERSSAY KEDUA


"Happy 2 year wedding anniversary love," demikian tulis pelakon Che Puan Juliana Evans yang memuatnaik gambar bersama suaminya, Tengku Shariffudin Shah Tengku Shah Al-Hajj ketika majlis resepsi perkahwinannya sempena menyambut ulang tahun perkahwinan yang kedua.





Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Juliana turut menulis ucapan dan mendoakan kebahagiaan hubungan pasangan ini: "Sama cantik sama padan, moga kekal bahagia." - "Happy anniversary Kak Juliana, semoga bahagia dunia akhirat." - "Selamat ulang tahun perkahwinan buat Juliana dan suami, semoga diberkati hingga ke Jannah," tulis wargamaya.

Terdahulu, Juliana dan Shariffudin selamat bernikah pada 30 April 2017. Manakala majlis resepsi mereka pula diadakan pada 17 November 2017 bertemakan perkahwinan di tepi pantai. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Tengku Kamiliah yang kini berusia empat bulan.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Juliana Evans

- IKLAN -



         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: