18 November 2019

ISMAIL IZZANI NAFI SHALMA ELIANA 'GUNA', 'TUMPANG' DIRINYA


Berhubung spekulasi yang menyatakan teman rapatnya yang juga penyanyi baharu, Shalma Eliana atau Yana menumpang popularitinya dalam industri seni, penyanyi Ismail Izzani tampil menepis dan menjelaskan Eliana ikhlas berkawan dengannya memandangkan mereka sudah kenal sejak zaman sekolah menengah.





"Kalau kata nak dia menggunakan saya, itu perkara pertama saya fikir dulu. Tapi saya sudah mengenalinya sejak dari tingkatan dua. Saya yakin dia bukan sebegitu. Apabila kami sudah mula berkawan dan kenal betul-betul, dia seorang yang ikhlas. Dia juga 'sweet girl'" katanya.

Pelantun Lagu 'Bidadari' itu turut berkongsi keadaan Eliana selepas tulang kaki kanannya retak akibat terhentak pada lantai kolam renang: "Dia baru boleh berjalan selepas dua bulan bergerak dengan menggunakan tongkat ataupun kerusi roda.

"Dah macam anak kecil baru nak belajar jalan saya tengok. Saya tumpang gembira tengok keadaan dia sekarang. Selama ini kesian dia banyak habiskan masa di rumah, ada masa lapang saya akan bawa dia keluar jalan-jalan," tuturnya.

Klik untuk gambar besar


Ismail atau nama sebenarnya Ismail Izzani Zainal Nazeri, 19, berkata, keluarga mereka juga sudah saling mengenali: "Kami memang rapat dan dia pun suka muzik. Malah, ibu bapa kami pun kenal di antara satu sama lain. Saya berkongsi apa yang tahu. Bagi saya ia sesuatu yang bagus. Apatah lagi dia masih baru dalam industri muzik dan baru keluarkan single. Jadi, apa salahnya dia datang acara dan tengok suasana macam mana. Sayang memang sayang. Saya sayang dia," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Ismail Izzani meletakkan harapan tinggi lagu 'Bidadari' yang dipersembahkan pada minggu pertama peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 34 dapat layak ke Anugerah Juara Lagu ke-34: "Ini kali ketiga lagu saya layak ke peringkat separuh akhir. Jadi, untuk kali ini saya meletakkan harapan tinggi pada lagu ini.

"Ketika menulis lagu ini saya letakkan sepenuh hati sebab ia khas buat mak saya. Malah, untuk menyanyikan lagu ini depan mak saya memang lain. Ditambah lagi dengan adanya juri dan penonton. Pendek kata, lagu ini sangat bermakna buat saya. Walaupun tidak dipilih menjadi lagu terbaik, saya berharap ia layak ke peringkat AJL 34 nanti," jelasnya.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Harian Metro & Instagram Ismail Izzani


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: