18 November 2019

"CEO FINAS, RINDU DRAMA LAMA AWAK... SIAPA BOLEH LUPA ADEGAN TIDAK BERTAPIS" - SAKINAH


"Today, CEO Finas suggest the Government to filter Netfix content which I strongly disagree. Yes some content are not suitable for younger minds but you can use the security PIN feature whatt. For parents who are concerned with this paid internet app, you can set password to avoid kids viewing or simply just don't subscribelahh.





"Please jangan kacau Netflix. If the government wants to ban or filter Netflix I'm gonna baring depan finas tu dengan kawan2 ramai2. Boleh singgah zoo negara sekali.... Cause it is unfair and inconsistent, what about app like Wechat or Youtube????

"To the CEO of Finas, I really miss your old dramas like Cinderella that inspire me to become TV actress. Who can forget the romance scenes and all the pegang2, dancing2 that I watched when I was child on the unfiltered national TV," demikian tulis pelakon Sharifah Sakinah yang menyuarakan rasa tidak puas hati dengan cadangan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajun Filem Nasional Malaysia (FINAS), Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang mahukan kandungan drama di platform penstriman video, Netflix melalui proses tapisan kerajaan.

Klik untuk gambar besar


Menurut Sakinah, cadangan yang diutarakan itu tidak adil dan berat sebelah kerana platform tersebut sudah menyediakan pilihan untuk ibu bapa menentukan kandungan yang boleh ditonton oleh anak-anak. Pelakon drama 'Girlfriend Aku Dari Neraka' itu menyuarakan pandangan menerusi laman Instagram miliknya pada Ahad.

Pada Sabtu lalu, Ahmad Idham menggesa pihak kerajaan untuk menapis kandungan Netflix selepas menerima beberapa keluhan daripada ibu bapa. Dia turut menyarankan kepada pihak kerajaan untuk mewujudkan akta mengawal selia kandungan video yang disediakan oleh platform digital itu. Bagaimanapun, kenyataan dan cadangannya itu menerima pelbagai reaksi daripada pengguna yang ternyata kurang senang dengan idea tersebut.

Menerusi Twitter, Ahmad Idham menjelaskan FINAS tiada kuasa untuk menapis, namun dalam konteks kandungan digital, FINAS sentiasa akan mencari jalan terbaik untuk memperkasakan kandungan tempatan supaya ia memberi impak positif pada masyarakat dan negara. Sementara itu, Sakinah berkata jika kerajaan meneruskan hasrat tersebut, dia dan pengguna lain tidak teragak-ragak untuk menyuarakan bantahan.












www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Sharifah Sakinah & Ahmad Idham


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: