18 November 2019

SHARNAAZ: "IM JUST A VISITOR AS THEY WISH BUT I WILL FIGHT... DONT FORGET ME BOY"


Baru-baru ini, Sharnaaz Ahmad yang sering berkongsikan isi hatinya di media sosial itu sekali lagi berkongsi status yang menjadi perhatian netizen apabila pelakon itu mengharapkan anaknya, Jebat Jayden tidak akan melupakannya.





Menerusi status itu juga, Sharnaaz memberitahu ketika ini dia hanya boleh melawat Jebat seperti yang diminta oleh pihak sebelah sana. Bagaimanapun, Sharnaaz berkata dia tidak akan mengalah dan akan mendapatkan haknya kembali sebagai seorang bapa.

"Things i cant change in the pass is my marriage, but things i sure can is you my boy.. Im just a visitor as they wish, but I will fight, till my last breath.. I got your back my son.. tak sebesar zarah mereka itu penting antara kita berdua. Dont forget me boy @jebatjayden," kata Sharnaaz.

Klik untuk gambar besar


Perkongsian Sharnaaz itu mengundang rasa sayu dikalangan netizen, malah ada yang rasa kasihan di atas apa yang menimpa pelakon itu. Tidak kurang juga ada yang meminta pasangan tersebut berbaik demi anak seperti yang dilakukan oleh Fizo Omar dan Mawar Karim.

Terdahulu, Sharnaaz meluahkan rasa sedih apabila terlepas melihat perkembangan terkini anaknya, Jebat Jayden. Menurut Sharnaaz, dia tidak dapat melihat proses Jebat belajar berjalan depan matanya sendiri. Kemelut rumah tangga Sharnaaz dan isterinya, Noor Nabila masih tiada kesudahan lagi sejak beberapa bulan lalu. Terbaru, kes pasangan tersebut masih lagi berlanjutan dan diperintah untuk jalani proses timbang tara.




www.myartis.com / Sumber & foto: CARI Forum & Instagram Sharnaaz Ahmad


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: