Memeluk agama Islam pada tahun 2003 sebelum berkahwin dengan Nor Azah Redzuan yang juga merupakan pengurusnya, penyanyi Mark Adam yang kini mencecah usia 40 tahun itu baru-baru ini berkongsikan satu video dimana dia belajar membaca Iqra. Turut kedengaran, Mark menyebut satu persatu huruf hijaiyyah sambil diperbetulkan oleh seorang pengajar.

Menerusi perkongsiannya itu, Mark turut mengucapkan terima kasih kepada ustaz yang mengajarnya. Entri tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji kesungguhan Mark untuk belajar mengaji. Malah ada yang meluahkan rasa syukur serta mengatakan jarang orang seusia Mark mahu belajar mengaji.
Tidak kurang juga, ada netizen mengatakan diharap perkongsian Mark ini dapat dijadikan contoh kepada mereka diluar sana bahawa belum terlambat lagi untuk belajar membaca Al-Quran. Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar Mark sentiasa istiqamah serta dipermudahkan segala urusan dalam mendekatkan diri kepada Allah.
Klik untuk gambar besar


www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Mark Adam
________________________

No comments:
Post a Comment