02 November 2019

AWAL TAHUN 2020 - SASHA SAIDIN BAKAL BERKAHWIN KALI KETIGA


Penyanyi dan pelakon Sasha Saidin bakal menamatkan zaman solo awal tahun depan selepas hampir lapan tahun bergelar ibu tunggal. Sasha, 42, yang juga anggota kumpulan Elite, memilih lelaki dikenali sebagai Mr W sebagai bakal suami.





"Kami merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan serba sederhana dan ringkas. Malah, kedua-duanya bersetuju untuk mengutamakan apa yang wajib sahaja. Lagipun, masing-masing pernah melalui fasa perkahwinan, sebelum ini. Dia seorang duda dan mempunyai dua cahaya mata," kata Sasha.

Menurut ibu kepada Adam Aryasenna Notosoemarsono ini, dia mengenali lelaki yang bekerja dalam sektor kewangan itu sejak di bangku sekolah: "Cuma, ketika di sekolah menengah dan sewaktu meniti alam remaja, masing-masing lebih banyak memendam rasa. Hanya pada tahun ini hubungan berkenaan menjadi lebih akrab".

Klik untuk gambar besar


Kakak kepada pelakon Zain Saidin itu mengakui tertarik hati dengan keperibadian dan sikap dimiliki Mr W: "Bukan mudah untuk saya kembali membuka hati menerima cinta baharu, seterusnya menuju ke alam rumah tangga. Namun, Mr W mengubah segala-galanya. Kami mempunyai personaliti yang hampir sama kerana usia juga sebaya. Lebih utama, dia menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap kami dua beranak".

Pada 2007, Sasha berkahwin dengan Salyo Priyanto Nutosoemarsono yang berasal dari Indonesia, tetapi berpisah talak satu pada 10 Julai 2012. Dia juga pernah mendirikan rumah tangga dengan Jason Skinner atau nama Islamnya, Johan Abdullah Skinner, pada 21 Jun 2003 di London, namun berpisah empat tahun kemudian.




www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: