02 November 2019

"TIDAK AKAN AMAN KEHIDUPANNYA" - SYAFIE TAK MAAFKAN PIHAK SANA & NETIZEN


"Untuk sesiapa yang tanya adakah saya akan maafkan keluarga belah sana dan netizen-netizen yang melemparkan perkataan kesat kepada saya, Jawapannya tidak. Saya tidak akan memaafkan setiap butir yang dikeluarkan di media sosial atau disampaikan daripada mulut ke mulut.





"Tetapi saya akan berusaha untuk bertentang mata dengan mereka walaupun saat tu mereka sedang nazak. Saya masih menunggu waktu itu. #TuhanTidakTidur. Semoga kamu-kamu yang mengeluarkan segala cacian dan fitnah terhadap saya dan keluarga, Tidak akan aman kehidupannya. Itu janji saya.

"Saya berharap apa sahaja yang diusahakan kamu bersama keluarga kamu tidak akan berhasil dan di saat itu kamu mula berfikir apa salah kamu. Dan Allah akan jawap pertanyaan mu. Tunggu!," demikianlah tulis pelakon Syafie Naswip yang memberitahu dia tidak akan memaafkan pihak yang memfitnah dirinya serta netizen yang melemparkan kata-kata kesat.

Klik untuk gambar besar


Beberapa bulan lalu kecoh apabila Syafie dan Aishah putus tunang dan lebih menjadi perhatian apabila Syafie didakwa mencederakan Aishah sehingga bekas tunangnya itu bertindak membuat laporan polis. Susulan kontroversi itu, Instagram Syafie diserang dan dikecam teruk oleh netizen.

Apa yang berlaku mencalarkan maruah Syafie dan selepas lama berdiam diri, dia akhirnya bangkit untuk menegakkan keadilan. Minggu lalu, pihak pendakwa raya membuat keputusan mengenai kes tersebut dimana Tiada Tindakan Lanjut (TTL) kerana tiada keterangan yang mencukupi dan sekaligus membuktikan Syafie tidak bersalah.




www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Syafie Naswip


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: