01 November 2019
"ORANG SAKIT HATI" - KILANG FOUZIAH GOUS DISERBU KKM LAGI, STATUS HALAL
Mendedahkan kilang memproses sarang burung miliknya diserbu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia pada 29 Oktober lalu berkaitan status halal, pelakon Fouziah Gous berkata, ia bukan kali pertama kilangnya diserbu sebaliknya sudah berulang kali berikutan terdapat individu yang tidak senang melihat kejayaan perniagaan produk minuman sarang burung yang diusahakannya sejak lima tahun lalu.
"Orang yang sakit hati dengan perniagaan saya ni dia tak cakap depan kita. Tahu-tahu nanti ada yang datang ketuk pintu kilang, kena rush. Rupa-rupanya ada orang buat laporan. Dua hari lepas saya baru kena lagi," ujarnya yang enggan melatah dan menjadikan ia sebagai sebahagian daripada pengalamannya dalam perniagaan.
Menurut pelakon drama 'Sara Sajeeda' itu, dia bagaimanapun lega apabila dapat memberikan kerjasama yang baik dengan mengemukakan setiap dokumen yang diminta pihak berkuasa: "Tak mengapa, saya faham mereka hanya menjalankan tugas. Alhamdulillah, saya dapat kemukakan semua dokumen yang mereka minta. Cuma saya rasa kelakar kerana antara laporan yang dibuat adalah mengenai status halal produk itu".
Dalam pada itu, Fouziah mengakui dia tidak pernah mengimpikan untuk bergelar jutawan, sebaliknya berharap kejayaan yang dikecapinya terus berkekalan: "Untuk menjadi jutawan itu adalah impian semua orang. Saya boleh katakan, apa yang diimpikan selama ini sebenarnya Allah dah berikan lebih darpada itu. Sejujurnya saya bukan mahukan title jutawan itu sebaliknya doa agar ia terus kekal".
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment