13 November 2019

DR. AMALINA BAKRI: "DAH BOLEH DUDUK AINUL, SMART GIRL!


Menerusi sebuah entri di akaun Twitter, pelatih pakar bedah warganegara Malaysia, Dr. Amalina Bakri telah berkongsi perasaan gembira selepas melihat perkembangan positif adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang kini sudah boleh duduk sendiri selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di mulutnya.





Amalina berkongsi sekeping foto Ainul yang sedang duduk di sofa di mana di bahagian lehernya masih terdapat trakeostomi. Trakeostomi merupakan satu prosedur pembedahan di mana satu bukaan pernafasan alternatif dibuat pada bahagian depan leher pesakit bertujuan untuk memasukkan tiub trakeostomi ke dalam salur pernafasan (trakea) bagi memudahkan proses pernafasan berlaku.

Prosedur ini boleh bersifat sementara atau kekal bergantung kepada situasi masalah pesakit tersebut. Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Dr. Amalina melahirkan rasa syukur serta turut sama berasa gembira selepas melihat keadaan Ainul yang makin sihat.

Klik untuk gambar besar


Adik Ainul yang menghidap kanser 'Germ Cell Tumor' tiba di London pada 25 Mei dan menjalani pembedahan selama lima jam di Hospital Great Ormond Street bagi membuang tumor seberat 200 gram pada 10 Jun. Pembedahan itu dilakukan oleh sekumpulan doktor pakar pelbagai bidang bersama pelatih pakar bedah Malaysia, Dr. Nur Amalina Che Bakri, yang bertanggungjawab membawa bayi itu serta ibu bapanya ke London bagi mendapatkan rawatan.

Kisah Ainul bukan saja mendapat perhatian rakyat Malaysia, malah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut menziarahinya ketika beliau berada di United Kingdom untuk lawatan rasmi tiga hari bulan lepas. Berita mengenai keadaan kanak-kanak itu tular di media sosial sebelum Dr. Nur Amalina menghulurkan bantuan.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Twitter / Instagram Dr. Amalina Bakri & Ahmad Safiuddin Ahmad Razak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: