13 November 2019

"HANYA DOA KAMI KIRIMKAN" - AMIR UKAYS TERKEJUT AKEL TERBUNUH


Berita bekas pemain dram kumpulan Ukays, Akel Zainal terbunuh dalam serangan tentera Russia di Syria, vokalis kumpulan itu, Amir atau nama sebenarnya Mohd Azmir Muhammad Yusof, 50, terkejut mendengar mengenai rakannya ini selepas kali terakhir bertemunya sekitar 2009.





Katanya, Akel sememangnya pendiam dan tidak menunjukkan sebarang tanda mahu menyertai militan, malah pada pertemuan itu, dia lebih banyak bercerita perkembangan perniagaan pakaian yang diusahakannya di Bukit Bintang.

Menurut Amir lagi, rakannya itu juga masih mempertahankan imej seperti ketika bersama Ukays apabila mengenakan jeans dan baju T bercetak kumpulan rock terkenal Barat: "Saya masih ingat, arwah datang uji bakat ketika kami dalam perancangan menghasilkan album 'Di Saat Luka Ku Berdarah' pada 1998. Setahun selepas itu, kami mendapat rezeki muncul dengan album 'Pijar Kasmaran'.

Klik untuk gambar besar


"Ketika itu, dugaan datang apabila saya ditimpa kemalangan. Ditambah keadaan ekonomi yang tidak menentu, perjalanan Ukays agak perlahan hingga masing-masing mencari rezeki dengan mengusahakan perniagaan. Saya tidak pasti dia buat (kerja) apa, tetapi Akel meninggalkan kami perlahan-lahan.

"Kami bagaimanapun, masih berhubung. Cuma, selepas itu dia semakin menyepi sehingga kami terserempak di Bukit Bintang. Selepas bertahun-tahun tiada khabar, saya dikejutkan pula dengan berita pembabitannya di Syria dan baru dimaklumkan, Allahyarham bersama keluarganya terbunuh. Sebagai rakan, hanya doa kami kirimkan," katanya.

Akel atau nama sebenarnya, Wan Mohd Aquil Wan Zainal Abidin, yang menyertai Daesh pada 2014, disahkan maut dalam serangan udara tentera Russia di Syria pada Mac lalu. Turut terkorban isteri dan dua anaknya berusia dua dan tiga tahun. Perkara itu disahkan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay. Katanya, hasil maklumat risikan mendapati rumah mereka di Baghouz, Syria terkena letupan bom dalam serangan udara.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: