13 November 2019

BILA NABILA HUDA & SUAMI SAMBUT ANNIVERSARY IKUT KALENDAR ISLAM


"Nampak tak muka awkward tu taktau Nak react macamana sebab tak penah celebrate anniversary! Haha.. Actually kite nikah on 25 dec, Tapi Bert ikut calendar Islam which is a day after Maulidur Rasul tu our anniversary. Masa Dia explain tu, Abil memang tak faham langsung Maksud Dia and I macam keep on Cakap no, kite nikah on 25 December lah. Pening la tukar-tukar anniversary..





"So since Pada tu, Abil senyap je lah tak fikir when is our anniversary al maklum la kite tak pandai sgt Nak ikut calendar islam sebab dah biasa dgn calendar kite kan.. and then today Dia Cakap, pakai cantik2 saya Nak bawak awak Pergi dinner. Aku pun macam "haaaa, sejak bila pulak husband Aku ni pandai Nak ajak Pergi dinner ni.." selalunya Abil je jadi mastermind.

"Sekali Dia drive sampai pavilion! Eh Biar betul! Tak penah2 laki Aku Nak Pergi pavi ni.. lagi la nervous weh!haha.. skali sampai restaurant tu, Dia tunjuk tu your favourite chef! Fuhhh dinner jepang weh.. Fine dining! Thank you for tonight love.. Actually lebih baik macam ni, Dari tiap2 tahun Nak surprise,dah jadi tak special jugak..Lagipun tak celebrate anniversary pun tak pe..everyday pun boleh celebrate at home.

Klik untuk gambar besar


"But today.. unforgettable! Perut macam Nak pecah ni.. Balik, baring, tidur ah.. Settled!!! Love you @kidweebee," demikian tulis pelakon Nabila Huda menerusi entri di akaun Instagram miliknya yang memberitahu dia bersama suaminya, Mohd Izwan Johar menyambut ulang tahun perkahwinan keempat mereka mengikut kaledar Islam.

Menurut Nabila, Izwan telah membuat kejutan makan malam di sebuah restoran makanan Jepun di ibu kota. Selain itu, Izwan turut membuat kelainan apabila mengajak Nabila menyambut ulang tahun perkahwinan mereka mengikut tarikh kalendar Islam.

Tambah Nabila, semalam, Izwan telah menyuruhnya memakai pakaian cantik untuk keluar makan malam bersama. Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Nabila mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahtereaan rumah tangga pasangan ini.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Nabila Huda


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: