13 November 2019

TAHNIAH - MUSTAPHA KAMAL DIANUGERAHKAN GELARAN 'DATUK PADUKA'


"Salam... Kejayaan seorang suami adalah kerana sokongan dorongan dan dokongan seorang isteri.. Tiga suku kekuatan yang ada dalam diri dan dijiwa suami adalah kerana isteri.. Peranan isteri paling penting utk kejayaan suami dan keluarga... Berkat kesabaran dan kesungguhan usaha, InsyaAllah... dia maha penyayang. *Abg Mus sedang mencari kejayaan itu dunia akhirat* PERMUDAHKANLAH YA ALLAH JANGAN PERSULITKAN SUDAHI DENGAN KEBAIKAN. Aamiinn..........





"Merafak sembah setinggi-setinggi tahniah kepada kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi. Patik dan seluruh rakyat jelata mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang baik kepada Tuanku dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT serta bahagia dunia dan akhirat. #MenjunjungKaseh #Alhamdulillah," tulis pelakon Mustapha Kamal menerusi laman Facebook miliknya.

Jika dahulu kita sering saksikan Mustapha berlakon sebagai individu berpangkat Datuk, namun kini ia semua menjadi kenyataan apabila dia dianugerahkan darjat kebesaran Ahli Setia Mahkota Kelantan (Al-Ibrahimi V) membawa gelaran Datuk Paduka. Penganugerahan tersebut diberi bersempena Hari Keputeraan Rasmi Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, kelmarin.

Sementara itu, di media sosial kebanyakan netizen termasuk rakan artis seakan meraikan penganugerahan tersebut. Rata-rata mereka mengucapkan tahniah atas kejayaan tersebut. Tidak kurang juga yang berjenaka mengenai 'Megah Holdings' yang sebati dengan pelakon tersebut susulan pembawaan watak-watak korporat dalam dramanya sebelum ini.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan & Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: