13 November 2019

"XDE BRAND SEKALIPUN.. JANJI RAPI & KEMAS... RM10 PUN BELI..." - ZIZIE IZETTE


Jika anda mengikuti laman Instagram Datin Zizie Izette, pasti anda perasan pelakon ini sering berkongsikan foto momen bersama anak-anaknya. Ramai yang geram melihat kecomelan anak Zizie yang comel-comel belaka. Malah, Zizie dan anak-anak juga sering mengenakan pakaian sedondon.





Melihatkan pakaian sedondon anak-anaknya, pasti ramai menyangka ianya pakaian berjenama. Meskipun sangat mementingkan aspek pemakaian anak-anak, namun Zizie berkata dia tidak kisah jika pakaian tersbeut murah asalkan kemas dan cantik.

Kata Zizie lagi, dengan keadaan ekonomi yang kurang baik serta tanggungan semakin besar, mereka sekeluarga perlu berjimat cermat untuk dibelanjakan ke arah yang lebih penting lagi terutama hal persekolahan anak-anak.

Klik untuk gambar besar


"As u can always see, I love being matchy2 with my kids. I take pride in dressing them well and make them look good. Biarpun baju x mahal, xde brand sekalipun. Janji nampak rapi & kemas. Honestly, kalau saya nampak baju harga RM10 pun saya akan beli kalau baju tu cantik..

"Lagipun sayang, anak2 cepat membesar plus dgn ekonomi yg kurang baik, lebih baik berjimat utk persekolahan anak2 akan datang.. Tanggungjawab dah besar & anak2 dah ramai. Kena ukur baju di badan sendiri. Jangan pula "biar papa, asal bergaya". Betul ke betul?," kata Zizie.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen yang memuji sikap rendah diri Zizie. Malah ramai yang bersetuju dengan kenyataan Zizie itu dimana anak-anak cepat membesar dan akhirnya pakaian tersebut tidak lagi boleh dipakai. Siapa cakap nak pakai cantik kena beli yang berjenama sahaja. Kalau pandai cari, yang murah pun boleh nampak mahal.












www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Zizie Izette


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: