24 November 2019

LUFYA: 'PINTU HATI SAYA SUDAH TERTUTUP... TAK MUNGKIN AKAN RUJUK SEMULA"


Sehingga kini masih tiada kesudahan kemelut rumah tangga pelakon Lufya Omar apabila suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 29, enggan menceraikannya. Perkara tersebut telah membuatkan Lufya terkejut kerana sebelum ini suaminya mengeluarkan kenyataan sudah menceraikannya melalui aplikasi WhatsApp.





Menurut Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 34, dia tetap dengan keputusannya untuk mendapatkan pengesahan lafaz cerai yang dibuat suaminya itu. Katanya lagi, pintu hatinya sudah tertutup untuk suaminya dan tidak mungkin akan rujuk semula.

"Saya memang keliru apabila dia menukar pendirian tidak mahu bercerai sedangkan sebelum ini dia mengeluarkan kenyataan sudah menceraikan saya ketika ditemubual media. Pintu hati saya sudah tertutup untuknya. Tidak mungkin kami akan rujuk semula. Saya tetap dengan keputusan yang sudah dibuat dan tidak akan berpatah balik," katanya.

Dalam pada itu, Lufya berkata dia bersedia untuk bergelar ibu tunggal di usia muda memandangkan sudah lama dia memulakan hidup baru bersama anak tunggalnya, Laana Haura, hasil perkahwinan dengan Dr Che Muhammad Hafiz pada 26 November 2016. Ujarnya lagi, dia berharap kes rumah tangganya akan selesai secara baik.

Klik untuk gambar besar


"Saya sudah mulakan hidup baru sejak dia tinggalkan saya bersama anak. Saya berharap dia jujur pada dirinya sendiri dan tidak memanjangkan kes rumah tangga kami ini, Tiada kasih sayang dan kesetiaan lagi dalam perkahwinan ini. Biarlah kami berpisah cara baik untuk masa depan anak. Insya-Allah, saya akan menjaga Haura sebaik yang mungkin," ujarnya.

Bercakap mengenai kemelut rumah tangga yang sedang dihadapi, Lufya akui sudah melakukan yang terbaik dan menyerahkan segalanya kepada Tuhan: "Kami memang sedang melalui masalah yang serius, tetapi saya dah lakukan yang terbaik dari diri saya. Saya beralah bukan bererti kalah, apa yang penting saya lakukan semuanya kerana Allah dan untuk anak saya juga".

Sementara itu, Lufya Omar baru-baru ini telah mengadakan majlis sambutan hari lahir anak perempuan yang ke-2 tahun. Namun majlis itu tidak dihadiri oleh suaminya meskipun sudah diundang oleh Lufya. Tidak berdiam diri, Lufya memberi penjelasan terhadap hal berkenaan: "Saya ada ajak dia (suami), dia ada memberikan respon beritahu dia tak dapat datang, tidak mengapa, mungkin dia sibuk".

Terdahulu, Hakim Syarie, Shukran Yusof menetapkan tarikh sebutan semula pada 10 Disember depan. Kedua-dua pihak perlu melantik Jawatankuasa Pendamai (JKP) masing-masing dan mahkamah juga akan melantik JKP dari Pejabat Agama Islam Daerah Petaling. Kisah pergolakan rumah tangga Lufya menjadi bualan apabila pelakon itu mendakwa dia telah dianiaya suaminya yang disifatkan 'tidak terjangkau dek fikiran' terhadap dirinya.










www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Lufya Omar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: