23 November 2019

"SAYA TIDAK KENAL DRAMA BAND... TIDAK PASTI NIAT SEBENAR MEREKA?" BABY SHIMA


"Sebenarnya, saya tidak kenal pun kumpulan Drama Band kerana sejak dua tahun lalu saya menetap di Jakarta. Saya juga tidak tahu menahu mengenai video muzik itu, malah hanya menontonnya selepas dihubungi BH Online. Jujurnya, saya tidak pasti apa niat sebenar mereka? Tetapi, jika mereka memang sengaja berbuat demikian, maknanya kumpulan itu juga gilakan populariti, tetapi menggunakan cara berbeza.





"Tidak kisah apa orang nak kata, saya yang mengalami peristiwa itu dan hanya saya yang tahu perkara sebenar. Benda pun sudah berlaku dan terpulanglah kepada mereka hendak buat apa," kata penyanyi Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 27, yang tidak berasakan video muzik terbaru kumpulan Drama Band, 'Satu-Satu', ditujukan kepada dirinya.

Kata penyanyi lagu 'Pura-Pura Bujang' itu, babak pergaduhan dipaparkan dalam video muzik itu mungkin secara kebetulan sama dengan insiden pernah tercetus antara dirinya dengan seorang usahawan kosmetik pada sebuah majlis di Jakarta, Indonesia, baru-baru ini. Bagaimanapun artis yang sedang mencipta nama di negara jiran itu berkata, dia tidak mengenali kumpulan terbabit.

Klik untuk gambar besar


Video muzik 'Satu-Satu' yang baru dilancarkan, Isnin lalu, berkisar pada sikap sesetengah individu yang sanggup berbuat apa sahaja demi mengejar populariti. Selepas beberapa hari dilancarkan, video berkenaan meraih hampir setengah juta tontonan.

Drama Band yang dianggotai oleh Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir dan Nik Adib sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi menerusi video muzik lagu 'Drama', yang seakan-akan menyindir beberapa selebriti tanah air seperti Haqiem Rusli, Aliff Aziz dan Haneesya Hanee. Dilancarkan sembilan bulan lalu, video muzik itu sehingga kini ditonton sebanyak 9.3 juta kali. Drama turut diumumkan sebagai lagu terbaik pada saingan minggu pertama separuh akhir Muzik-Muzik 34, Jumaat lalu.






www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Instagram Baby Shima & Drama Band


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: