23 November 2019

DSV BANGGA DENGAN UPSR KACAK: "ANAK AKU PANDAI ORANG PUTIH!"


"Anak mama hebat, walaupun belajar di rumah tapi dapat keputusan bagus. Yang penting tiada yang gagal, Bahasa Inggeris Kacak dapat B! Mama cakap kelate je dengan Kacak di rumah, anak aku pandai orang putih, anak aku pandai orang putih!" demikian tutur usahawan terkenal dan penyanyi Datuk Seri Vida (DSV) yang meluahkan rasa kegembiraan menerusi sebuah video yang dimuatnaik di akaun Instagram miliknya semalam.





Datuk Seri Vida gembira dengan keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diperolehi anak bongsunya, Muhammad Eric Zaquan atau lebih dikenali sebagai Kacak. Menurut Vida, dia berasa gembira kerana Kacak memperoleh keputusan yang bagus tanpa gagal kerana anaknya itu hanya bersekolah di rumah.

Vida juga gembira kerana anaknya itu memperoleh gred B dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris kerana dia hanya bercakap dalam dialek Kelantan di rumah. Sementara di ruangan kapsyen, Vida meluahkan rasa bangganya terhadap Kacak: "Result UPSR @kacak_000 Mama bangga dengan Kacak, saya over excited.. Kacak banyak main game, keputusan UPSR boleh tahan," tulisnya.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Vida memuji cara usahawan ini memberi motivasi dan tidak menjatuhkan semangat anak. Difahamkan, Kacak telah memperoleh keputusan dengan gred 2B, 2C dan 2D. Bagaimanapun, benar kata ramai, UPSR hanyalah satu titik permulaan, semoga semua pelajar yang baru mendapat keputusan peperiksaan itu berusaha dengan lebih gigih di masa akan datang!

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Datuk Seri Vida


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: