23 November 2019

SATUKAN RASA - SITI NORDIANA TERKEJUT, TAK TAHU NAQIU SEBAGAI SUAMINYA


Kemunculan bintang Gegar Vaganza musim keenam (GV6), Naqiu Boboy sebagai suaminya di dalam drama bersiri menerusi slot MegaDrama 'Satukan Rasa', pelakon dan penyanyi Siti Nordiana yang lebih mesra disapa Nana memberitahu yang dia tidak menyangka dan tidak mengetahui siapakah yang berlakon sebagai suaminya sehinggalah tamat babak.





"Sebenarnya saya tiada babak bersama Naqiu. Cuma ada satu babak perbualan telefon antara Indah Suhaila dan suami, saya tak tahu siapa yang menjadi suami saya masa tu. Rupa-rupanya lepas penggambaran babak tu, baru tahu yang bercakap di telefon tu Naqiu.

"Indah Suhaila merupakan seorang bekas penyanyi yang mengalami trauma gara-gara kematian suaminya. Ada suatu hari tu dia menyertai sebuah program nyanyian dan paksa suami dia datang. Pada masa tu lah suami dia mengalami kemalangan dan meninggal dunia.

"Lepas daripada kejadian tu dia trauma dan berhenti menyanyi. Namun apabila Jai Bakri muncul, dia diminta untuk kembali ke industri seni sebagai guru vokal dan pembantu peribadi," ujar Nana ketika ditemui semasa menjalani penggambaran drama 'Satukan Rasa' bertempat di Star Avenue Lifestyle Mall, Sungai Buloh.

Klik untuk gambar besar


Tambah Nana lagi, dia juga kagum kemampuan Khai Bahar dalam memberikan lakonan yang menyakinkan: "Khai ada banyak kali cakap yang dia takut nak berlakon tapi saya tahu yang dia ni mesti boleh buat. Walaupun ada yang meragui, saya yakin dia boleh berikan yang terbaik.

"Kalau tonton video muzik Khai pun, dia berlakon okay sahaja. Lagipun Khai seorang penyanyi jadi dia mesti boleh berlakon. Ternyata bila di set penggambaran, sehari dua mungkin dia malu-malu tapi lepas tu dia tunjukkan peningkatan dan memang bagus," jelas Nana lagi.

Selain Nana, drama 'Satukan Rasa' terbitan Suhan Movies ini turut dibintangi barisan pelakon berbakat antaranya Khai Bahar, Nine Mike, Yusuf Bahrin, Nina Juren, Nadya Syahera, Isyariana dan ramai lagi. Diarahkan oleh Hadith Omar, drama rantaian terbaharu ini mengisahkan Indah (Siti Nordiana), seorang balu dan ibu yang pernah menjadi seorang penyanyi terkenal suatu ketika dahulu. Indah terpaksa masuk semula ke dalam industri muzik tanah air selepas dia dipadankan untuk membantu Jai (Khai Bahar), penyanyi viral yang mempunyai masalah gemuruh di atas pentas.
























www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Siti Nordiana & Naqiu Boboy


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: