23 November 2019

"WALAPON BERAT.. PERIT.. HANYA ALLAH TAHU ISI HATI WALID....." - ALI PUTEH


Ahli kumpulan Puteh, Ali dilihat tetap memberikan komitmen seterusnya beri saingan menerusi persembahannya di pentas Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM 2019), meskipun melalui dugaan berat apabila mengenang nasib anak keduanya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah. Walaupun tiada jaminan Ainul akan pulih sepenuhnya setakat ini, Ali berharap ada perubahan positif dan tidak putus berdoa untuk anak perempuannya itu.





"Walaupon berat.. walaupon perit... hanya Allah yg maha mengetahui isi hati walid pada kamu Ainul Mardhiah... adik terus kuat...!!! Doakan walid dpt hiburkan org di Maharaja Lawak Mega malam ni (Jumaat)... walid ssh hati fikirkan kamu... doakan walid malam ni syggg... tggu walid!!!

Terdahulu, bayi berusia tidak bulan itu telah menjalani pembedahan berikutan masalah injab jantung terbaik. Ainul yang dilahirnya pada 6 Ogos lalu disahkan menghidap jaundis dan dipindahkan ke Hospital Ampang selepas lima hari dilahirnya.

Klik untuk gambar besar


Ainul kini dirawat di Hospital Serdang dan sebelum ini disahkan alami masalah injap jantung terbalik dan jantung berlubang. Selain Ainul, Ali turut mempunyai seorang lagi anak perempuan dua tahun, Sharifah Nur Aaira Qaireen.

"Maaf kan walid syg... malam ni walid hanya dpt 3ha je.. ade kekurangan persembahan walid td.. tp semua org doakan kamu syg... itu yg lebih penting dri segalanya... #prayforainulmardhiah," tulis Ali.

"Ya Allah, semoga ada keajaiban dariMU ... Perkenankanlah doa hambaMU ini Ya Allah... Sembuhkanlah anak ku, kuatkan lah anak ku menempuhi ujian ini... Amin amin YRA...," kata isteri Puteh pula.












www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Ali Puteh


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: