30 November 2019

SHEILA RUSLY UNDUR DIRI SEMENTARA: "KALAU DAH MATI, ANUGERAH TAK DER NILAI"


Menerusi muatnaik di laman Instagram, suami kepada pelakon dan penerbit Sheila Rusly iaitu Jinggo, memberitahu yang isterinya itu mengambil keputusan mengundurkan diri buat sementara waktu disebabkan rasa kecewa terhadap orang dalam industri. Menurut Jinggo atau nama sebenarnya Azman Hj Yahya, Sheila telah meluahkan beberapa perkara yang mendorong wanita itu memendam perasaan sehingga nekad untuk berehat.





Kongsi Jinggo, Sheila sudah lama memendam perasaan terhadap industri hiburan tempatan bagi menjaga sensitiviti rakan artis. Malah, Sheila turut memberi pesanan kepada Jinggo agar selayaknya setiap anugerah yang diraih harus diberikan kepada mereka yang masih hidup.

Jinggo merakam video tersebut apabila Sheila tampil dalam satu babak drama terbaru, 'Bukan Gadis Biasa' yang merakamkan Sheila memegang watak sebagai wanita tua dengan calitan solekan. Sekali gus, video tersebut dihujani komen terhadap kapsyen yang diluahkan Sheila kepada Jinggo. Dalam perkembangan lain, Jinggo dan produksi, Js Pictures Sdn Bhd tampil dengan drama terbaru berjudul 'Bukan Gadis Biasa' yang menampilkan aktress Ayda Jebat sebagai Johana, bergandingan bersama Remy Ishak.

Klik untuk gambar besar


"Assalmualaikum Malaya... Salam subuh Geng Tok Sidang dimane sajer komer berada... #cerekatoksidang pagi ni pasei Sis cakap pada teman, Babe.. since i nak mengundurkan diri sementara waktu ni...I nak cakap sket apa yang terpendam dalam hati pasei orang orang dalam industri I.. dulu I simpan sebab nak jaga sensitivities nak jaga hati dorang.. sekarang I dah ready nak cakap... kalau I di blacklisted atau di boikot... I dah ready... sebab tu I nak mengundurkan diri sebelum dorang campak proposal I ... proposal Js Pictures atau yang ada kena mengena dengan nama SHEILA RUSLY dalam tong sampah...

"Sis berpesan lagi pada Tok Sidang.. "Babe... esok bila I dah tak de... tetiba ada orang nak bagi Anugerah pada I, you suruh anak anak amek, ucap terima kasih lepas tu Anugerah bagi balik... kata pada dorang, kalau nak kasi Anugerah pada mama saya, kasi masa dia hidup, kalau dah mati, Anugerah tu dah tak der nilai... Adehhh.... Hadoiiii mak aiiii.. Kelakor sedih lak hati teman niiiii...," katanya.



"Assalmualaikum Malaya... Great day Geng Tok Sidang dimane sajer komer berada... #cerekatoksidang pagi ni pasei Tok Sidang lak cerita pasei Anugerah. Trend sekarang... Anugerah kerana popular bukan kerana jasa... Anugerah bukan kerana karya tapi kerana terpaksa bagi sama rata.... Anugerah bukan kerana bakat luar biasa tapi kerana paras rupa.... Anugerah kerana penaja bukan kerana usaha untuk Industri Drama Filem Negara...

"Anugerah kerana banyak hati perlu di jaga bukan kerana Anugerah anak seni yang sepatutnya.... Anugerah Paling popular untuk Anak Seni adalah Al Fatihah. Video paling Indah sebelum Anugerah adalah Al Fatihah buat insan seni yang telah pergi.. Anugerah paling baik anak seni bila mati bukan bila hidup setia menabur bakti pada industri... Anugerah paling Indah anak seni bila dirinya menjadi keldai seni bukan kerana seni dijadikan Keldai... Kalau Tok Sidang lak kena boikot... kena blacklist lepas ni... Alamatnya Tok Sidang lak lah kena paksa bersara.... BERSAMBUNG DI YOU TUBE CEREKA TOK SIDANG...," tulisnya lagi.

Sebelum ini, Sheila menerusi Instagram memberi bayangan seakan-akan mahu mengundur diri daripada industri seni. Pengumuman itu dimuatnaik selepas Anugerah Skrin 2019 (ASK 2019) berlangsung menyaksikan drama terbitannya, 'Pia' menang anugerah Pelakon wanita Terbaik Drama Rantaian menerusi aktres Zara Zya dan Pelakon Wanita Terbaik Drama (Nabila Huda) menerusi drama 'Dia Tak Berdosa' pada 1 November lalu: "34 tahun menghambakan diri sebagai anak seni. Pagi ni terlintas dihati nak mengundurkan diri.. mohon pertunjuk mu Ya Allah. Congratulations @zarazya untuk PIA & @kupu_kupu untuk Dia Tak Berdosa. Cukup setakat ni.. Alhamdulilah..".








www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Media Hiburan, Instagram Jinggo & Sheila Rusly


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: