01 December 2019

"PITT MAMA LETIH FIKIRKAN... LETIH TENAGA... MACAM DIHIRIS SEMBILU" - FAUZIAH NAWI


Menerusi salah satu posting di laman Instagram, pelakon Fauziah Nawi, 66, dilihat tidak dapat menahan rasa rindu terhadap arwah anaknya yang juga pengarah filem, Mohd Firdaus Mohamad Hanif atau Pitt Hanif, 43. Menurut Fauziah, dia berasa sebak apabila memikirkan tentang cucu-cucunya.





"Bismillahirrahmanirrahiim. Hari ni dah 30hb November 2019. Hari ni birthday nyawa Mohd Firdaus bin Hj Mohd Hanif, Dhia Farhana yang ke-16 tahun. Cepatnya masa berlari ya Pitt. Tahu-tahu nanti Dhia nak kahwin... Entah mama sempat tengok ke tidak nanti.

"Yang pasti macam baba tak sempat tengok Pitt kahwin tak sempat jumpa menantu kerinting tak sempat jumpa Dhia, Mhia, Thia dan Pitt juga begitu. Pitt mama letih fikiran... Letih tenaga... Hati mama macam dihiris sembilu... Mama letih dengan projek sekarang ni...

Klik untuk gambar besar


"I'm surrounded with morons... licik dan lihai... If I have my way I just want to put everything on hold... Pull my break but I can't because it's not me running from problems... Pitt, I have to be strong... Ini semua game saikologi... I hate it when I'm right... Mama berdoa Allah melindungi mama.

"Pitt buah hati... Setiap detik Pitt sentiasa dalam doa mama. Pitt gambar yang Gullit share ni Pitt nampak sedih. It breaks my heart... Pitt your nyawa-nyawa semua… Alhamdulillah, kerinting jadi benteng kekuatan... Pitt sampai jumpa lagi," tulisnya.

Terdahulu, Pitt dilaporkan lemas ketika memancing selepas bot yang dinaiki di Sungai Jelai dekat Jambatan Gemunchur Mela, Lipis, Pahang karam sekitar pukul 1 tengah hari pada Oktober lalu. Pitt yang juga anak sulung daripada dua beradik meninggalkan seorang isteri, Farah Ahmad dan tiga anak berusia di antara tujuh hingga 16 tahun.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Fauziah Nawi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: