24 November 2019

"TAK LETAK SYARAT... SABAR SAYA ADA HADNYA..." - ADIRA BERI DATUK RED PELUANG


"Ya, kami baru sahaja berbaik semula. Anak-anak menjadi sebab utama saya memberikan peluang kedua kepadanya. Saya sudah berfikir panjang dan saya tak mahu menjadi ibu yang terlalu mementingkan diri sendiri. Seperti pernah saya katakan sebelum ini, apa sahaja boleh berlaku. Jadi, doakan yang baik-baik untuk saya, suami dan anak-anak. Saya dalam proses untuk menarik balik permohonan cerai dan saya berikan suami saya peluang sekali lagi.





"Harap, dia akan gunakan peluang ini dengan sebaik mungkin. Saya tak letakkan apa-apa syarat. Cuma, selagi saya boleh bersabar, saya akan bersabar. Namun, sabar manusia ada hadnya dan harapnya, dia tidak melangkaui had itu," demikian jelas penyanyi Adira Suhaimi yang menarik balik hasrat untuk bercerai dengan suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red, dan memberi peluang sekali lagi serta cuba berbaik demi anak-anak.

Menurut Adira atau nama lengkapnya Siti Adira Suhaimi, 28, dia kini dalam proses menarik balik permohonan cerai selepas memfailkannya di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Barat pada 9 Oktober lalu. Ditanya mengenai tanggapan sesetengah pihak, konon keputusan berkenaan seperti dilakukan seorang yang berjiwa rapuh dan tidak tetap pendirian, penyanyi yang berasal dari Ranau, Sabah ini berkata, sebagai manusia kesabarannya tetap ada batasan.

"Saya tidak meletakkan sebarang syarat kepadanya (suami). Selagi saya boleh bersabar, saya akan cuba berbuat demikian. Bagaimanapun, sebagai manusia, kesabaran saya ada hadnya. Jangan langgar batas itu," ujar -penyanyi lagu 'Pujaan Hati'.

Klik untuk gambar besar


Menurut Adira, dia tidak meletakkan sebarang syarat atau perjanjian dengan suaminya sejak kembali berbaik seminggu lalu. Tambahnya lagi, dia membuat keputusan selepas berfikir panjang dan tidak mahu terlalu pentingkan diri sendiri.

"Saya buat keputusan ini kerana saya dah berfikir panjang dan paling penting, adalah anak-anak. Apa yang saya belajar, kita sebagai manusia tak boleh membuat keputusan secara terburu-buru dan pentingkan diri kita sahaja. Saya harap, semua dapat doakan yang baik untuk suami dan anak-anak saya," katanya.

Spekulasi mengenai perpisahan pasangan terbabit timbul apabila ruangan gosip sebuah portal hiburan menyiarkan cerita artis wanita diceraikan ketika sedang hamil anak ketiga, Ogos lalu. Untuk makluman, Adira berkahwin dengan Datuk Red yang merupakan seorang ahli perniagaan sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand, sebagai isteri kedua pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Anggrek, 2, Asan, setahun, dan Anggun yang dilahirkan 8 Ogos lalu.




www.myartis.com / Sumber: Berita Harian & Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: