Baru-baru ini, pelakon dan pengacara, Ain Edruce dan suaminya, Amirul Hafiz telah mengadakan majlis bertandang berkonsepkan Melayu Klasik.

Ain atau nama penuhnya Nurulain Edruce telah berkongsi sekeping foto dirinya bersama suami mengayakan busana songket pengantin untuk majlis bertandang perkahwinannya.
Di ruangan komen, rata-rata netizen termasuk rakan artis memuji Ain yang kelihatan sangat cantik dan elegan apabila memakai busana tersebut.
Terdahulu, Ain dan Amirul bertunang pada 22 Jun lalu selepas lebih setahun berkenalan di Instagram. Pasangan ini kemudiannya melangsungkan pernikahan pada 13 Disember lalu.
Klik untuk gambar besar






www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Instagram Ain Edruce, @theklikerwpp, @wanpaofficial & @sahirsabri
________________________

No comments:
Post a Comment