24 December 2019

BAPA MERTUA DISERANG STROK - TOMOK MOHON DOA


Menerusi laman Instagram, penyanyi Tomok telah berkongsi mengenai keadaan kesihatan bapa mertuanya, Abas Mohd Saidon. Jelas Tomok, bapanya telah diserang strok ketika berada di rumah. Dalam pada itu, Tomok turut memohon agar bapanya segera diberi kesembuhan seperti biasa.





"Semoga di berikan kesembuhan dengan segera buat bapa mertua saya En Abas Bin Mohd Saidon. Abah kena stroke siang tadi di rumah.. mohon doa dari kalian semoga abah cepat sembuh seperti sedia kala.. amin," tulisnya.

Di samping itu, isteri Tomok, Rahayu Abas turut berkongsi dengan memuatnaik foto ayahnya: "Semoga abah cepat sembuh.... Doakan abah saya yer.... Allah beri dugaan untuk sesuatu nikmat dan hikmah yang besar.... Doakan dibu pun kuat dan sihat.....," tulis Ayu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mendoakan kesihatan ayah pasangan tersebut. Untuk info, Tomok dan Ayu berkahwin pada tahun 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Arrian dan Andrashah Iman. Kini, Ayu sedang hamil anak ketiga.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Tomok & Rahayu Abas


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: