24 December 2019

PERGI LONDON - MAWAR RASHID TINGGALKAN ANAK ATAS FAKTOR KESIHATAN


"Mommy baru habis shooting semalam. Harini terus pergi London tinggalkan Rafael. See you on 28th sayang. Ticket Rafael dah beli, tapi kitorang risau bawak Rafael sebab masih baby lagi. Dia pun baru keluar hospital haritu. Kita tak tau apa penyakit kalau bawak pergi airport dan luar negara tu. Jadi buat masa sekarang kitorang elak dulu. Kesian kat Rafael kalau pape jadi.





"Duit takpe boleh cari, kalau anak jatuh sakit, dia punya risau tak boleh beli ubat. Gonna miss you sayang.. Duduk baik-baik sama Abai(nenek) ya," demikina tulis pelakon Mawar Rashid menerusi laman Instagram miliknya.

Mawar mendedahkan dia telah berangkat ke London bersama suaminya, pelakon Raf Yaakob semalam. pelakon drama 'TQ Captain' itu bagaimanapun terpaksa meninggalkan anaknya, Raden Muhammad Rafael yang baru berusia sembilan bulan atas faktor kesihatan.

Untuk makluman, Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan dengan kehadiran Rafael pada 13 Mac lepas. Mawar turut mempunyai dua orang anak tiri, Rayyan, 8 dan Raysaa, 4, hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Mawar Rashid & Raf Yaakob


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: