28 December 2019

ANAK GELAK NAMA 'BOBOY' - NAQIU TUKAR 'SIX YEARS' BERMULA 2020


Setelah sekian lama dikenali sebagai 'Boboy', kini nama kumpulan tersebut akan ditukar kepada nama baru iaitu 'Six Years'. Hal ini dijelaskan sendiri oleh juara Gegar Vaganza 2019 (GV2019), Naqiu yang mendedahkan dia tidak lagi mahu menggunakan nama Boboy untuk tahun 2020.





"Anggota Boboy masih sama cuma namanya sahaja saya tukar sebab anak-anak saya akan gelak kalau diorang dengar nama Boboy. Saya bersama 'Six Years' akan keluarkan lagu terbaru dalam masa tiga atau empat bulan lagi, Insya-Allah," jelasnya.

Sudah merancang kerjaya yang lebih menyerlah bagi tahun 2020, Naqiu tidak menolak untuk bergerak secara solo: "Selepas GV2019, saya ada dua sisi. Naqiu yang bergerak solo dan juga bersama kumpulan saya, 'Six Years'.

"Untuk Naqiu yang bergerak secara solo, saya akan teruskan. Sejak dulu lagi saya tak pernah berhenti buat lagu. Cuma saya tak tahu bila nak keluarkan sebab masa tu saya tiada platform. Sekarang adalah masanya saya bergelar penyanyi dan penulis lagu. Apa yang saya nak kecapi sekarang adalah untuk bergelar komposer. Saya akan keluarkan lagu baru secepat mungkin," ujarnya lagi.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Naqiu Boboy


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: