10 December 2019

ERNISHA (DEWI REMAJA) TAMPIL 'FREEHAIR' - NETIZEN TERKEJUT, HARAP KEMBALI BERTUDUNG


Sejak beberapa minggu lalu menerusi akaun Instagram, bekas finalis dewi remaja 2018/2019, Ernisha dilihat telah tampil dengan imej tidak bertudung. Imej terbaharu Ernisha atau nama sebenarnya Erni Nurshahira Khairul Zaman itu turut mengejutkan peminat serta pengikut laman sosialnya.





Rata-rata turut mengecam imej terbaharu Ernisha itu: "Dunia akhir zaman." - "Tudung dulu sekadar fesyen, semoga diberi hidayah." - "Aik dah tak pakai tudung?" - "Kenapa buka tudung? Elok-elok dah pakai nak buka balik," komen netizen

Kebanyakan juga turut berharap agar Ernisha akan kembali bertudung: "Semoga bertudung sepenuhnya semula macam dahulu." - "Semoga diberi hidayah," komen peminatnya.

Sejak tiga minggu lalu, Ernisha memuat naik foto dan video dirinya tidak bertudung di Instagram. Terdahulu, Ernisha pernah terpalit akui kontroversi video kelab malam dan minuman keras dalam keadaan tidak bertudung dan berpakaian menjolok mata.

Klik untuk gambar besar











www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Ernisha


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: