10 December 2019

HABIS PANTANG - IKA NABELLA DEDAH WAJAH PENUH MUHAMMAD NOAH ZAYN


Baru selesai menjalani tempoh berpantang, pelakon Ika Nabella akhirnya berkongsi wajah penuh anak lelakinya, Muhammad Noah Zayn di laman Instagram (IG). Dalam entri tersebut, Ika mengimbas kembali detik Noah dilahirkan.





"We go way back to the day Mommy's neck disappeared 46 days ago when @muhammadnoahzayn was born. It was surreal an amazing 22hours I must say! Indeed Allah is with those who patiently endure @muhammadnoahzayn (3.25kg | 50cm) 23 October 2019 | 12:03am, Gleneagles Hospital Kuala Lumpur.

"Assalamualaikum everyone! So this is @muhammadnoahzayn the love of my life.! I've been calling him "zuriat Mommy". Dok tak dok "Seypa mulut chup chap chup chap ni zuriat Mommy lapaq kaaa? mau nenen ka?" "Awat teriak zuriat Mommy? Sapa kuteyyyy chek"

Klik untuk gambar besar


"Tara tu punya la cewiiii beranakkan seketoi Noah Zayn ni anak soleh ni. Aihhh sayangnyaaaa lahai! Semoga Allah berkati kehidupan anak2 kita semua. Aminnnn," tulis Ika.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikut yang rata-rata memuji wajah anak lelakinya itu serta berharap agar membesar dengan baik. Selain itu, pemilik nama Ika Nabila Abdul Rahim juga turut membuka akaun IG khas untuk bayi sulungnya menggunakan nama @muhammadnoahzayn.

Untuk makluman, Ika dan suami, Muhammad Zaid Aznam mendirikan rumah tangga pada 30 Julai 2016 dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di Pulau Pinang. Pasangan ini menerima cahaya mata lelaki pada 23 Oktober yang lalu.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Ika Nabella


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: