10 December 2019

RAKAN BEKAS ISTERI TUNTUT DA'I FARHAN MOHON MAAF TERBUKA ATAU BERHADAPAN SAMAN


Kontroversi rumah tangga Da'i Farhan sebelum ini terus mendapat perhatian ramai apabila dia tampil membuat laporan polis dan tuntutan saman terhadap rakan baik bekas isterinya, Ches Al-Maliki. Umum mengetahui Ches berkongsi surat terbuka mendedahkan pendakwah itu berkahwin dua dengan seorang janda anak lapan tanpa pengetahuan isteri pertamanya.





Namun, Farhan tampil membuat kenyataan bahawa dakwaan yang dibuat oleh wanita itu adalah mungkin kerana dendam dan tidak dapat menerima hakikat isterinya redha hidup bermadu. Terbaru, Ches menerusi akaun Facebooknya berkata Farhan sudah menarik balik saman itu.

Ches menuntut pihak Farhan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam atau pendakwah itu berhadapan tindakan saman. Permohonan maaf itu bagi membersihkan nama Ches yang sebelum ini didakwa sebagai pemfitnah.

Terdahulu, Farhan berkata tindakannya membuat laporan polis terhadap beberapa individu yang mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah di media sosial adalah kerana ingin memberi pengajaran kepada pengguna laman sosial supaya lebih berhati-hati ketika berkata-kata. Tidak lama selepas itu, pendakwah itu mengesahkan telah menceraikan isteri pertamanya pada 3 Disember lalu menerusi rakaman suara di aplikasi WhatsApp.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara & Ches Al-Maliki


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: