10 December 2019

GENAP 7 HARI - FAKHRUL UNIC DEDAH WAJAH & NAMA PENUH ANAK KETIGA


Penyanyi nasyid kumpulan UNIC, Fakhrul menerusi laman Instagram miliknya telah mendedahkan wajah serta nama penuh anak ketiganya yang dilahirkan dengan berat 2.66 kg pada 2 Disember lalu selepas genap tujuh hari kelahirannya.





"Action kameee, baby zaman skrg mana layan bedung2 kan? Bismillah, harini baby dh ckup 7 hari..sian, 3 hari dh kena tinggai hihi. Sunnah bg nama dah.

"Kalo ikut abg Muqri dia suruh letak CR7. Berkat bumi madinah, sy namakan dia "Muhammad Ayyash Bin Fakhrul Radhi" sempena nama sahabat nabi saw. Nnti korg carilah kisah hebat dia.

"Doakan Ayyash jd anak soleh ok. Hadiah jgn lupa," tulis Fakhrul yang pernah menyertai program komedi Astro, 'Muzikal Lawak Superstar' itu.

Untuk info, Fakhrul telah mendirikan rumah tangga dengan Siti Syahirah dan dikurniakan dua orang anak, Muqri dan Waffa.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan & Instagram Fakhrul UNIC


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: