14 January 2020

AL-FATIHAH - NENEK JASMIN HAMID DIJEMPUT ILAHI


"Innalillahiwainnaillahirojiun.. ALLAHUMMAGHFIRLAHA WARHAMHA WA'AFIHI WA'FUANHA.. Satu-satunya OPAH yang saya ada dan kesayangan saya, telah menemui penciptaNYA sebentar tadi 14 Jan 2020 jam 1.30 am.. Mohon pada anak cucu dan saudara mara datang menziarah jenazah arwah di Sungai Buaya, Rawang..





"Mohon doakan juga untuk Arwah Opah saya agar di ampunkan segala dosanya, mendapat Husnul Khatimah dan di tempatkan di dalam syurgaNYA tanpa HISAB.. #allahsegalanya," demikian tulis pelakon Jasmin Hamid yang berkongsi berita sedih menerusi laman Instagram apabila nenek kesayangannya yang digelar Opah telah meninggal dunia kira-kira 1.30 pagi tadi.

Melihat pada ruangan komen, rakan selebriti turut memberikan respon sedih diatas perkongsian tersebut. Dalam perkembangan lain, Jasmin sibuk dengan pengambaran drama '7 Hari Mencintaiku 2' yang akan bermula pada hari pertama Ramadan April ini.

Takziah kami ucapkan buat Jasmin sekeluarga dan semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Jasmin Hamid


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: