14 January 2020

"MUNGKIN SILAP SAYA..." - 4 TAHUN KAHWIN, SHAH ISKANDAR MENANTI ZURIAT


"Ahamdulillah sudah empat tahun kami berkahwin... tentang anak? tak ada tekanan! Mungkin silap saya dulu pernah cakap nak rancang dan kerana lafaz itu hingga kini kami belum dapat anak. Jadi sesiapa yang nak kahwin tu janganlah lafaz mengenai plan anak, terima sahaja kalau ada rezeki.





"Sekarang ini kami masih berusaha sama seperti pasangan lain, lagipun hubungan kami baru empat tahun, ada pasangan lagi lama dah berkahwin... saya kira ini masa untuk kami lebih memahami dan rapat," kata pelakon Shah Iskandar yang memberitahu dia dan isteri, Siti Sarah Mohd Noor masih bersabar menantikan kehadiran cahaya mata meskipun sudah genap empat tahun mendirikan rumah tangga.

Shah, 37, yang berkahwin dengan Siti Sarah di The Ballroom At East Coast, Singapura pada 16 Januari 2016, bagaimanapun tidak tertekan memikirkan tentang anak dan terus berusaha secara normal untuk mendapatkan zuriat.

Bercakap mengenai perancangan tahun baharu, pelakon drama 'Syurgaku Tak Sempurna' ini memberitahu fokusnya kini lebih terarah pada bidang perniagaan. Ujarnya, dia mula menyedari kesilapan lalu tidak menyediakan simpanan yang cukup semasa usia masih muda.

Klik untuk gambar besar


"Tahun ini saya nak lebih tumpu pada bisnes sebab simpanan pun dah menipis, job lakonan pun tak macam dulu. Silap saya zaman muda dulu tak menyimpan, jadi tahun ini kita fokus cari duit, isteri saya fokus dengan bisnes spa dan saya pula dengan produk penjagaan untuk ibu bersalin, Embah dan Insya-Allah selepas ini kita akan buka restoran di Damansara, Selangor," tuturnya.

Sementara itu, Shah turut berpesan kepada pelakon baharu supaya menyediakan simpanan yang cukup demi kegunaan masa depan: "Kepada pelakon-pelakon yng nak ceburi seni ini pastikan kena ada passion dan kalau cepat putus asa memang tak kekal.

"Selagi stesen televisyen dan produksi mahukan bakat anda, buatlah simpanan kewangan. Lebih-lebih lagi yang belum berkahwin, simpanlah duit! Banyak contoh artis veteran yang mengalami masalah kewangan, apabila dah sakit duit pula tak cukup, simpanan itu penting. Selain itu, jagalah penampilan, bersungguh-sungguh dalam kerja dan jangan sombong," ujarnya.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Shah Iskandar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: