10 January 2020

ANAK DITUDUH MINUM DARAH KAMBING HITAM - DSV RASA SEDIH


Gara-gara berkongsi gambar dengan anak-anak, entah kenapa ramai netizen yang mentertawakan dan mengutuk anak gadis Datuk Seri Vida yang bernama Cik B.





Lebih membuat DSV sedih ialah apabila ada kalangan netizen yang berseloroh dan memfitnah anaknya itu minum darah kambing hitam.

Malah ada juga yang memetik kata-kata penceramah bebas, bahawa gaya tangan yang Cik B buat tu adalah simbol illuminati kepala iblis yang seeloknya dielak membuat gaya simbol seperti itu.

Namun bukan semuanya mengutuk, tetapi ada juga netizen yang menasihati DSV agar tidak terlalu memaksa Cik B untuk mengubah penampilannya. Kata mereka cantik itu subjektif dan Cik B tetap kelihatan cantik dengan kulit hitam manisnya.

Bagaimanapun, menurut DSV, dia memang sudah puas memaksa Cik B untuk minum Qu Puteh namun sering ditolak kerana anak gadisnya itu memang suka akan kulitnya yang gelap.

Hai... macam-macam la netizen ni kan?

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: