10 January 2020

AL-FATIHAH - BAPA FARAHDHIYA KEMBALI KE RAHMATULLAH


"Selamat pulang ke penciptamu Nyawaku,Mohamed Amin binti Raja Maimunah. Alhamdulillah senang Dada pergi utk menghadap pencipta Dada pagi tadi, Thank you Allah swt kerana permudahkan segalanya untuk kesayanganku dunia akhiratku. Farah redha Dada, Farah redha walaupon Farah tak puas lagi jaga Dada. Tapi Allah lebih sayangkan Dada.





"Dada Sayang, it's 5am now, I still can't sleep, I m already missing u so so much. It hurts so bad. Farah masih tak boleh bayangkan hidup Farah lepas ni tanpa Dada. Dada lah nyawa Farah, Dada lah segalanya dlm hidup Farah Da, I'm lost without u, my heart is broken into pieces.

"Dah takde nak tanya Dada nak makan apa hari ni? Nak masak sedap2 utk Dada,nak tanya Dada Dada dah makan ubat ke? Dah takde Dada msg Farah tanya habis kerja pukul berapa, adik lambat lagi ke? Sampai sanggup tunggu sehingga Farah sampai rumah just to make sure I get home safe, dah takde lagi semua tu Da.

"Hari yg Farah paling takut dlm hidup jadi kenyataan, Dada pergi tinggalkan Farah tanpa sebarang pesan terakhir tapi Farah redha Da, tenanglah Dada disana seperti mana tenang nya muka Dada tadi, Alhamdulillah byk kali Farah dapat cium dan peluk Dada, Dada paling wangi hari ni Da.

Klik untuk gambar besar


"Dada rehat ya, tak sabar Farah nak jumpa Dada lagi,insyaallah Farah jugak akan menyusul, I cant wait to see u again in Syurga insyaallah. I will never stop praying for u Da. Ramai kawan2 Dada dan kawan2 Farah dtg ziarah dada tadi, all your friends always have good things to say about u sampailah hujung nyawa Dada, Alhamdulillah, Orang yg baik ramai sayang.

"Rehatlah puas puas Kesayanganku, Dada tunggu Farah tau. Ya Allah Ya tuhanku,Kau berikanlah aku kekuatan untuk lalui dugaanMu ini, Ya Allah Kau tolonglah jagakan ayahku, Kurniaankan lah belas kasihan kepada ayahku, Ya Allah Ya Tuhan ku ampunilah dosa2 nya, Berilah RahmatMu keatas ayahku yg tercinta, Muliakanlah kematiannya, diluaskan serta diterangkan kuburnya dan kuburnya menjadi taman2 syurga, Ya Allah ya Tuhanku, kau tempatkan lah ayahku bersama org2 yg beriman dan beramal soleh. Aminnnnn.

"Mintak tolong sedekah kan Al-Fatihah dan doakan ayah saya please? Terima kasih semua atas ucapan takziah dan doa2 anda semua, Tuhan sahaja dapat membalasnya. Al-Fatihah (bacaan) 9/1/20," demikian tulis penyanyi dan pelakon Farahdhiya menerusilaman Instagram miliknya.



Farahdhiya ketika ditanya berhubung perkara ini berkata, dia reda dengan pemergian bapanya, Mohd Amin Zubir, 68, yang meninggal dunia jam 11.55 pagi tadi di sebuah pusat perubatan. Arwah menghidapi masalah Sekatan Pulmonari Kronik (COPD), iaitu penyakit paru-paru yang mempengaruhi pernafasannya kerana tabiat merokok, sejak lima tahun lalu.

Penyanyi lagu 'Bertakhta Di Hati' itu berkata, keadaan bapanya baik-baik sahaja sebelum menghembuskan nafas terakhir: "Cuma, selepas sarapan, dia mengalami sesak nafas. Saya terus menghubungi ambulans untuk membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Namun, sebaik sahaja tiba di hospital, bapa sudah tiada lagi.

"Sepanjang arwah menghidap penyakit berkenaan, dia sering keluar masuk hospital. Saya reda dengan pemergiannya kerana selama ini, saya jarang berenggang dengannya. Dialah nyawa saya. Setiap pagi, memang dialah orang pertama yang saya cari di bilik tidurnya. Sayalah juga yang akan bertanya jika dia hendak makan atau apa sahaja kemahuannya," kata Farahdhiya.

Terdahulu, beberapa teman artis termasuk penyanyi dan penyampai Kool FM, Haiza Hanafi, serta pelakon, Datin Rabecca Nur Al Islam, turut berkongsi berita sedih itu di Instagram masing-masing.


www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Farahdhiya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: