10 January 2020

NIKAH 17 JANUARI DEPAN - ELLY MAZLEIN AKUI GEMURUH


Bakal menamatkan zaman ibu tunggal pada 17 Januari depan dengan jejaka pilihannya, Mohamad Azlan, 29, yang merupakan seorang guru dari Kelantan, penyanyi, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein mengakui gemuruh menanti tarikh pernikahannya itu tidak lama lagi. Kurang 10 hari menuju tarikh istimewa, persiapan untuk majlis yang ditunggu-tunggu itu sudah menjangkau 80 peratus.





"Saya gemuruh! Sebenarnya, jika nak diikutkan, banyak perkara yang saya rasakan. Semuanya bercampur baur, ada seronok, teruja, gementar dan banyak lagi. Alhamdulillah, setakat ini persiapan sudah selesai 80 peratus dan tinggal beberapa perkara lagi yang harus dilakukan," katanya.

Dalam pada itu, Elly yang mesra disapa dengan panggilan Kak Lina Pom Pom ini mendedahkan dia tak sabar mahu menoktahkan zaman ibu tunggal: "Saya tak sabar mahu menyandang status isteri semula dan saya berharap agar semua proses menuju majlis nanti berjalan lancar. Insya-Allah, doakan yang baik-baik!" kata Elly lagi.

Klik untuk gambar besar


Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 39, yang selamat bertunang pada 17 Disember lalu itu masih belum mendedahkan wajah bakal suaminya dan bakal melakukan perkara terbabit di majlis berinai nanti.

Terdahulu, Elly pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan hasil perkahwinan tersebut pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia. Namun pasangan ini bercerai pada 15 Oktober 2015.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Elly Mazlein


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: