22 January 2020

"ANDA BUKANLAH SEMPURNA SANGAT.. SAYA BOLEH JE BANTAI...." - FATHIA


Sebut sahaja nama Fathia Latiff, pasti semua mengetahui mengenai pelakon dan penyanyi itu yang pernah dilanda kontroversi yang cukup hangat dan menjadi kritikan netizen sehingga ke hari ini. Bagaimanapun, Fathia akui kini lebih matang berdepan dengan kecaman netizen.





"Kalau mereka (netizen) boleh cakap, saya pun boleh cakap balik pada mereka juga. Anda (netizen) siapa sebenarnya, anda pun bukanlah sempurna sangat. Saya boleh je bantai anda semula. Tak ada masalah pun sebenarnya. Tapi tak boleh keterlaluan dan melampaui batas juga," katanya.

Terdahulu, bintang ini ditemui pada sesi ramah mesra bersamanya di Indigital Music, Damansara Perdana baru-baru ini. Tetap menghormati orang yang lebih berusia, Fathia yang kini mahu fokus dalam bidang nyanyian mengambil setiap kata-kata netizen ke arah yang positif.

Klik untuk gambar besar


"Saya tengok orang juga, kalau orang itu lebih berusia, saya tahu ia sebagai nasihat dan ia bukan sesuatu untuk menjatuhkan saya, jadi saya hanya dengar dan respek. Tapi kalau orang yang jenis kurang ajar dan jika dibandingkan dengan saya, anda tiada apa-apa pun," tegasnya.

Memiliki tiga juta pengikut di Instagram, Fathia telah menutup ruangan komen pada setiap gambarnya bagi mengawal dirinya sendiri: "Sekarang ini saya lebih selesa tutup ruangan komen di Instagram untuk mengawal diri sendiri.

"Dalam masa sama, sebenarnya bosan juga berbuat demikian (tutup ruangan komen di Instagram), tetapi demi kerja. Apa-apa yang melibatkan kerja, saya akan berkongsi di Instagram," jelas Fathia yang baru sahaja melancarkan album kedua, berjudul 'Jika Aku Tahu' hasil ciptaan Fathia sendiri dan rakannya, Sharifah Faezah Al-Attas.








www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Fathia Latiff


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: