27 January 2020

SELAMAT BUANG KETUMBUHAN - SCHA BERDOA DIPERMUDAHKAN HAMIL LAGI


"Ketika membuat pemeriksaan pada Disember lalu, saya dimaklumkan terdapat ketumbuhan baru dan disarankan untuk menjalani pembedahan. Akibat ketumbuhan itu tanda-tanda lama berulang seperti sakit pinggang dan sakit perut yang melampau ketika datang bulan.





"Perkara ini tidak mengejutkan kerana difahamkan ia memang boleh berlaku lagi pada individu yang pernah mengalaminya. Antara punca adalah faktor pemakanan," jelas pelakon dan pengacara Scha Alyahya yang meluahkan rasa syukur selepas selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam rahim (endometiosis) di pusat perubatan, Kuala Lumpur pada Khamis lalu.

Menurut Scha, 37, dia menyedari masalah yang dialaminya selepas mengalami sakit pinggang dan sakit perut melampau ketika datang bulan pada Disember tahun lalu. Pemilik nama Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya ini pernah menjalani pembedahan yang sama pada 2013 sebelum hamil anak sulung, Lara Alana

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, isteri kepada pengacara Awal Ashaari ini memberitahu dia kini sedang berusaha untuk hamil kali kedua: "Meskipun ada penghidap sama boleh hamil, namun dalam kes saya ini antara punca saya susah nak hamil lagi

"Jadi, saya berdoa selepas ini dipermudahkan proses untuk hamil kali kedua. Meskipun ada rawatan alternatif lain untuk hamil, tapi sekurang-sekurangnya saya kena buang ketumbuhan ini dulu," ujar pelakon drama popular 'Ti Amo, Sweetheart 100 Hari!' ini yang mendirikan rumah tangga dengan Awal pada 2012 dan dikurniakan cahaya mata, Lara Alana yang kini berusia enam tahun.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Scha Alyahya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: