21 January 2020

BILA WAJAH PENJAGA GOL, SAMUEL SOMEVILLE DIKATA MIRIP ALIFF SYUKRI


Baru-baru ini, seorang pengguna berkongsi sekeping foto penjaga gol pasukan Pulau Pinang, Samuel Somervill sedang memasuki padang untuk beraksi bagi merebut Piala Edy Rahmayadi 2020 menentang pasukan PSMS Medan, menerusi laman sosial Twitter.





Apa yang menariknya, wajah Samuel telah mencuri perhatian wargamaya apabila dikatakan mirip jutawan kosmetik dan penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri: "Aliff Syukri jadi penjaga gol Pulau Pinang sekarang," tulis pengguna itu menerusi satu kicauan.

Tambah menarik apabila kicauan itu turut mendapat perhatian Somerville yang merupakan bekas penjaga gol JDT: "Kalau boleh tag la saya," tulis penjaga gol berdarah kacukan England-Malaysia itu.

Malah ada seorang pengguna memberitahu Somerville bahawa wajahnya saling tak tumpah seperti Aliff Syukri: "Ya, ramai orang beritahu saya perkara itu," balas Somerville menerusi balasan kicauan.

Klik untuk gambar besar


Hasil tinjauan di Twitter, rata-rata wargamaya terkejut dengan wajah yang mirip itu dan ia mengundang pelbagai reaksi lucu: "Nampak sama tapi bukan dia hahahaha," tulis seroang wargamaya.

"Hahaha tertipu aku oi! Sekali pandang macam dia bila zoom bukan dia," kata seroang wargamaya. - "HAHAHAHAHA habis kalau kalah semua team dia, dia amuk. Atas padang pun dia buat live video, dia tak lupa. Awas!!” usik seorang wargamaya. - "Mesti pakai glove LV tak pun Gucci," komen seorang wargamaya lagi.

Kicauan tersebut sehingga kini telah menerima hampir 10,000 ulang kicau dan 9,000 tanda suka daripada warga Twitter. Kicauan dari Somerville pula mendapat lebih 4,000 ulang kicau.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: