29 January 2020

DICERAI TALAK 3 - ISTERI AMAR ASYRAF REDA & PASRAH


Gara-gara kontroversi yang melanda pelakon Amar Asyraf sebelum ini yang didakwa menjalin hubungan cinta dengan seorang wanita bernama Ellika Azman, isteri keduanya iaitu Vivy Jeffry akhirnya membuka mulut mengakui dirinya telah diceraikan oleh Amar dengan talak tiga sejak 4 November tahun lalu.





Dakwa Vivy, dia reda dan pasrah selepas ditakdirkan bercerai dengan pelakon itu sedemkiian rupa, demikian lapor media.

"Saya cuma mohon Amar tampil untuk uruskan proses perceraian ini kerana ia berlaku di luar mahkamah. Disebabkan dia gagal dihubungi, saya sudah tidak boleh berurusan dengannya lagi.

"Saya harap Amar janganlah aniaya saya sampai begini sekali. Permudahkanlah urusan ini agar proses perpisahan ini berjalan lancar," ujarnya dipetik sebagai berkata pada Harian Metro.

Klik untuk gambar besar


"Ketika perceraian itu, dia ditemani seorang rakan ketika kami menguruskan hal surat beranak anak. Jujur tiada sekelumit dendam atau marah terhadapnya, kerana saya sudah pasrah dengan apa yang berlaku ini.

"Saya kini cuma mohon Amar tampil untuk menguruskan proses perceraian itu dengan segera supaya saya boleh teruskan kehidupan dengan anak seperti biasa," tambahnya.

Bagaimanapun, apa yang dikesalkannya, kes itu masih tidak dapat disahkan oleh pihak mahkamah dan ia seolah menganiaya dirinya.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: