25 January 2020

"MOHON SERIBU KEMAAFAN.. HALALKAN SEGALA...." - JANNA TUNAI UMRAH


Pelakon Janna Nick menerusi laman Instagram miliknya telah memberitahu dia selamat berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah semalam. Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 25, turut memaklumkan bahawa dia pergi menunaikan umrah bersama ahli keluarganya.





"Di kesempatan ini saya memohon seribu kemaafan daripada semua yang mengenali saya... Halal kan segala makan minum & hutang piutang sekiranya ada (Termasuk la hutang bank, credit card & loan ASB dan sebagainya). Doa kan perjalanan saya dan keluarga dipermudahkan," tulis Janna yang berkongsi hal tersebut menerusi satu entri yang dimuatnaik di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, difahamkan teman lelakinya yang juga seorang pelakon, Dini Azan Schatzmann turut menemani Janna ke lapangan terbang semalam. Menerusi satu entri di Instagram, Dini turut mendoakan agar perjalanan Janna ke Makkah semuanya selamat dan dipermudahkan.

Klik untuk gambar besar


"Safe flight @jannanick. Jangan lupa doa kita dua pulak sampai sana ok?," kata Dini yang turut memuatnaik gambar dirinya bersama Janna.

Status itu kemudian mengundang pelbagai respons dalam kalangan netizen. Rata-rata tidak sabar untuk melihat kedua-duanya disatukan sebagai pasangan suami isteri: "Janganlah couple lama sangat, cepat-capat nikah ya, semoga urusan Dini dan Janna dipermudahkan," tulis pengikutnya.

Sebelum ini Janna pernah mengaku bahawa dia sedang menjalin hubungan cinta dengan pelakon berdarah kacukan itu. Hubungan mereka dikatakan mula serius sejak Jun tahun lalu.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Janna Nick & Dini Azan Schatzmann


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: