25 January 2020

TAK GUNA TELEFON ELAK TEKANAN - BALQIS & IBU TINGGAL DI RUMAH PENERBIT BUKU


Pelakon cilik Puteri Balqis dan ibunya Norashikin Mohd Aziz sebelum ini mendapat perhatian serta menjadi topik hangat selepas kisah kesempitan hidup mereka muncul dalam rancangan 'Bersamamu'. Menerusi program tersebut, Balqis atau lebih mesra disapa Aqish yang mengalami masalah kesihatan terpaksa menjual buku puisinya di sekitar Kuala Lumpur bagi menampung hidup dia dan ibunya.





Sejak dari itu, timbul pelbagai spekulasi dan tuduhan yang dilemparkan terhadap keluarga kecil ini sehingga mereka anak beranak sedih dan merasakan tertekan. Difahamkan, Balgis dan ibunya, Norashikin Mohd Aziz kini tinggal di rumah penerbit buku puisi 'Poems of Puteri Balqis' iaitu Aini Marhana buat sementara waktu.

Aini ketika dihubungi berkata, perkara itu bagi memudahkan urusan penghantaran buku puisi yang sudah mendapat tempahan. Tambahnya, kehadiran pihak-pihak tertentu ke rumah mereka tanpa sebarang temujanji telah menjejaskan operasi proses urusniaga tersebut: "Mereka sekarang menetap di rumah saya buat sementara waktu bagi menguruskan urusan kerja penghantaran buku.

Klik untuk gambar besar


"Ramai pihak yang datang tidak buat temujanji dahulu sehingga kerja-kerja itu tertangguh dan pembeli buku marah kerana lewat. Lagi pula rumah mereka tingkat empat dan sukar untuk bawa buku turun naik," ujarnya kepada mStar.

Aini berkata, anak-beranak itu juga kini berada dalam tekanan dengan berita-berita yang menjadi tular di media sosial. Malah, buat masa ini Puteri Balqis juga tidak dibenarkan untuk menggunakan telefon bagi mengelakkan emosinya terganggu.

"Puteri Balqis sedang sedih dan tertekan dengan berita-berita yang tular mengenai dia dan ibunya. Banyak berita yang tak benar keluar dan kami tak benarkan Puteri Balqis menggunakan telefon untuk mengelakkan dia baca berita-berita itu," ujarnya.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: