25 January 2020

SHARNAAZ: "USAHA ITU ADA... SUDAH BAIK BERTUKAR SEBALIKNYA....."


"Saya hormat apa yang berlaku hari ini (perceraian) bukan disebabkan saya. Mungkin ada kesalahan tapi ia hanyalah masalah kecil yang boleh dimaafkan. Biasalah, saya baru kali pertama menjadi bapa. Mungkin ada salah tapi saya perbaiki dan tidak mengulanginya lagi.





"Namun, jika kesalahan lama itu diungkit berkali-kali, itu tidak adil," demikian kata pelakon Sharnaaz Ahmad yang memberitahu sepanjang berkahwin dengan Noor Nabila Mohd Noor yang juga kakak kepada pelakon, pengacara dan usahawan Noor Neelofa, dia tidak pernah memukul atau menjerit kepadanya.

Katanya, isu rumah tangga mereka bukan disebabkan dia sudah melakukan kesalahan besar. Menurut Sharnaaz, anaknya, Jebat Jayden Ahmad adalah sebab utama dia memilih untuk berdiam diri dan tidak membuka mulut mengenai punca masalah rumah tangga mereka.

"Kenapa selama ini saya diam? Semuanya kerana Jebat. Budak-budak zaman sekarang tak perlu tunggu lama. Apabila usia sudah meningkat tujuh tahun, mereka sudah mula pandai bermain telefon dan boleh tahu apa yang berlaku.

Klik untuk gambar besar


"Saya tak mahu dia nampak keburukan itu. Jika saya bercerita buruk mengenai Nabila, impak itu kena pada Jebat. Dia akan tahu apa yang berlaku. Buat apa saya bercerita mengenai keburukan rumah tangga sedangkan dia masih lagi isteri saya. Takkan saya nak cakap hal buruk mengenai dia.

"Jika orang cakap buruk mengenai isteri saya, pasti saya akan marah. Sepatutnya hal rumah tangga kita kepada ibu bapa pun kita tak patut cerita demi menjaga aib masing-masing. Kalau apa yang diperkatakan itu betul, tak mengapalah juga," ujarnya.

Sementara itu, Sharnaaz turut mengakui ada usaha untuk berbaik dengan Nabila sejak mereka bergaduh awal tahun lalu: "Usaha untuk berbaik sangat subjektif. Apabila terjadi sebegini kita buat benda baik pun takkan nampak. Sebenarnya usaha itu ada.



"Daripada pihak saya, begitu juga dengan dia. Masing-masing cuba betulkan perhubungan tapi entahlah. Kalau tiada usaha, macam mana saya boleh sambut Aidilfitri bersama tapi tiba-tiba dia failkan cerai bulan Ogos. Keadaan yang sudah jadi baik bertukar sebaliknya dan saya sangat terkejut," tuturnya.

Pada 11 September lalu, mahkamah memerintahkan satu Jawatankuasa Pendamai (JKP) dibentuk bagi mencari penyelesaian dalam kes tuntutan cerai pasangan ini. Bagaimanapun, Sharnaaz pula memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya itu pada 30 September lalu.

Bagi prosiding JKP, Sharnaaz melantik rakan baiknya sebagai wakil manakala Noor Nabila melantik bapa tirinya Abdul Halim Khan. Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia setahun.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Instagram Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: